Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 13 Mac 2013

TERBARU! FILIPINA DEDAHKAN DALANG YANG BAYAR PENCEROBOH US600!



Presiden Filipina juga mempersoalkan keupayaan kewangan Kirams dan pengikut mereka untuk pergi ke Lahad Datu dengan senjata api dan peruntukan.

Sebelum ini, The Palace telah mendedahkan bahawa pengikut-pengikut Kiram telah dijanjikan US600 setiap seorang untuk menceroboh negeri Sabah.

Siapa sponsor? Anak Kiram III naik pesawat peribadi

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.

Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa Filipina juga sedang mengkaji kemungkinan bahawa serangan Sabah bertujuan bukan hanya untuk mendapat publisiti tetapi juga untuk memalukan kedua-dua kerajaan Filipina dan Malaysia.
Merujuk kepada laporan terbaru philSTAR, media Filipina bertajuk Palace justifies Sabah probe yang mengesahkan siasatan ke atas konspirasi licik di sebalik pencerobohan di Sabah.

Satu siasatan tentang sudut konspirasi dalam penghantaran kumpulan bersenjata kesultanan Sulu ke Sabah adalah wajar dan konsisten dengan usaha untuk menamatkan keganasan di wilayah serta-merta, MalacaƱang berkata semalam.

The Palace membuat penjelasan itu sehari selepas Biro-Negara Siasatan (NBI) memerintahkan penasihat 'kesultanan' Kirams, Pastor "Boy" Saycon untuk disoal siasat pada Selasa lepas kerana beliau disyaki terlibat dalam konspirasi untuk mewujudkan kekacauan di Sabah yang melibatkan pengikut-pengikut Sultan 'syok sendiri' Jamalul Kiram III.

Saycon adalah Setiausaha Agung Majlis Hal Ehwal Filipina atau COPA.

Timbalan jurucakap presiden Abigail Valte semasa temubual dengan Radio dzRB berkata adalah penting untuk menentukan motif sebenar sehingga meletusnya keganasan di Sabah yang menyebabkan kematian lebih daripada 60 orang. Beliau berkata kerajaan telah mengusahakan pelbagai saluran untuk menamatkan pencerobohan tersebut.

Saycon pula telah mengaku bertindak sebagai penasihat kepada Kiram tentang tuntutan tidak masuk akal Jamalul Kiram III ke atas Sabah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata beliau adalah jurunasihat Kiram III mengenai hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan sejak 12 tahun yang lalu.

Beliau sebelum ini telah menafikan menghasut tentera kesultanan untuk pergi ke kampung pantai Lahad Datu di Sabah bulan lepas. Beliau juga mendakwa bekerja sendiri dengan Kiram tentang tuntutan Sabah.

Valte berkata ia adalah hasrat Presiden Aquino untuk membuat penyiasatan selari dengan usaha untuk mencari penyelesaian secara aman kepada krisis di Sabah.


Beliau berkata langkah kerajaan itu juga konsisten dengan saranan Ban Ki-moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Malaysia dan pengganas penceroboh segera menamatkan konflik di Sabah.

MalacaƱang sebelum ini berkata Presiden Aquino akan memaklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai konspirasi di sebalik serangan Sabah serta identiti "ringleaders."

Beliau juga berkata bahawa dari awal-awal lagi, kerajaan Filipina telah berusaha untuk menghindari pertumpahan darah di Sabah dan meminta Kirams dan pengikut mereka kembali dan membincangkan tuntutan mereka secara aman.

PAUTAN ASAL

Tiada ulasan: