Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 24 Mac 2013

Hampir 2,000 keluarga Orang Asli hidup merana

2013/03/24 Jeli: Hampir 2,000 keluarga Orang Asli yang tinggal di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang kini hidup merana apabila kerajaan Kelantan mengambil tanah adat mereka yang selama ini merupakan tempat masyarakat itu tinggal dan mencari rezeki.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ini berikutan laporan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan yang diterimanya selepas kerajaan negeri mengambil tanah itu untuk dimajukan sebagai Ladang Rakyat sejak beberapa tahun lalu.
"Ia membabitkan tanah seluas 23,070 hektar yang diambil untuk dijadikan Ladang Rakyat, sekali gus mengancam kehidupan masyarakat Orang Asli membabitkan 1,854 keluarga.


"Kini, masyarakat itu menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan berikutan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal di sekitar penempatan mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Rual di sini hari ini.

Menurut laporan JAKOA, tanah adat berkenaan membabitkan 27 kampung di Gua Musang yang merangkumi kawasan penempatan, tanaman dan kawasan rayau di Kuala Betis, Pos Brooke, Pos G08, Pos Bihai, Pos Simpor, Pos Blau, Pos Hendrop, Pos Hau, Pos Tuel dan Kuala Lah. 

Tiada ulasan: