Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 17 Mac 2013

Gambar intim mirip Anwar kerja Umno - Nik Aziz

                  HARAKAH JUGA MENGELUARKAN BERITA YANG SAMA !!! ?

SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini turut mendakwa Umno adalah dalang kepada penyebaran gambar homoseks seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tapi kalu bagi Admin lah rasanya Nik Aziz tidak perlu menuduh malah dia sewajibnya diam dari bersuara sebaliknya pergi menyiasat sedalamnya dan sewajibnya dia cari mirip muka siapa tu adakah penah rakyat malaysia jumpa orang yang mirip anwar ini ?????

Jika tiada jgn campur, dan jika kita was2 lebih baik jangan berkomen membela nya lebih baikcari mirip siapakah gerangannya itu.ini hanya pendapat Admin apa apapun kita wajib menyokong orang yang benar2 bersih dari moral peribadi jika was2 pilih orang lain yang tidak mempunyai banyak karenah
 
Beliau berkata tindakan Umno yang tidak berputus asa untuk menjatuhkan Anwar ibarat 'mahu mencincang' Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
 
"Kerja Umno tuduh orang. Tak puas lagi, dia nak cincang Anwar pula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Expo Kelantan 2013 di Kompleks Karangkraf, malam tadi.
 
Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata Umno tidak akan berhenti menyekat Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu mampu melumpuhkan dan mengikis keyakinan rakyat terhadap parti itu.
 
Bagaimanapun, Nik Aziz yakin Umno tidak akan dapat menyingkir Anwar walau apa cara sekalipun.
 
"Anwar budak cerdik. Payah kalau Umno tak singkir," katanya.
 
Beliau berkata demikian mengulas penyebaran beberapa gambar homoseksual lelaki mirip Anwar yang tersebar secara meluas di laman-laman sosial.
 
Blog http://rajagoyang360.blogspot.com baru-baru ini memuatnaik 13 keping gambar aksi intim seorang lelaki mirip Anwar bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. 
 
Gambar hitam putih yang dipaparkan itu menunjukkan lelaki mirip Anwar itu memasuki sebuah bilik sehinggalah beberapa aksi mesra termasuk gambar bogelnya.
 
Anwar selepas menghadiri sesi 'Dialog Anak Muda bersama Anwar' di Bandar Utama petang semalam berkata pendedahan terbaru itu sebagai didalangi Umno.
 
"Fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya. Umno menggunakan media untuk menyebarkan fitnah, itu namanya Melayu muslim," katanya.

Tiada ulasan: