Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 18 Februari 2013

TANDA TANDA AKHIR ZAMAN !!!!!




moga kita sentiasa dilindungi Allahdari segala fitnah ini..

ISLAM NAMA SAHAJA

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah
saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada
Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran
itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah,
tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk
yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah,
dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".

H.R al-Baihaqi

Keterangan

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak
begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini.
Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang
dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan
mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan
yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda;
"Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian
(bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang
sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang
dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk
(ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan
dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak
tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka
yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya
orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami
sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha
illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi
hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah
(apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah
tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan
sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang
bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka
Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian
Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu
dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan
jawapan itu tiga kali).
H.R Ibnu Majah

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila
umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun
kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara
mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama
(sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa
bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi

Keterangan

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan
Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Ertinya:

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami
(pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima
perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah
mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan
Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu
ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka
berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit
Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa
penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka
akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman
daripada kalangan pepimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan
untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga
hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan
oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah
akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas
sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah
yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai
pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan
mereka sendiri ".

H.R Ibnu Majah

Keterangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa:

1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku
perzinaan.
2.            Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca
daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh
kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin)
adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada
Allah swt.
5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab
berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan
Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi saw.
sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang
yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus
bertanya kepada Rasulullah saw., "Bilakah akan terjadi hari qiamat?". Maka
Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir
berkata, "Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan
itu tidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau
tidak mendengar pertanyaan itu". Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari
percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang
hari qiamat tadi ?" Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya hai
Rasulullah". Maka Nabi saw. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka
tunggulah hari qiamat". Arab Badwi ini bertanya pula, "Apa yang
dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu"? Nabi saw. menjawab, "Apabila urusan
diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari
qiamat".

H.R Bukhari

Keterangan

Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya,
sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak
diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama
lagi akan terjadi.

BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Ertinya:

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak
berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan
binaan) masjid".

H.R Abu Daud

Keterangan

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan
bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara
berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya
kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan
ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan
cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir
manusia sahaja.

MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan
timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan
menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat
darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat
simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula.
Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang
jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan
kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi
kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan
terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan )
pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

H.R Termizi

Keterangan

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang
menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela
menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila
bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum
Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan
hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang memikat hati, tetapi
sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari
kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan
juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga
orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran.
Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan
buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

GOLONGAN YANG SELAMAT

Ertinya:

Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat
Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka
hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan
masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua
golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu
golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam
kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan,
hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi
akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw.
menjawab, "Mereka adalah jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).

H.R Ibnu Majah

Keterangan

Yang di maksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yang
tetap berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dan juga dengan
pendirian sahabat-sababat dan salafus-shaleh, atan pun yang diistilahkan
oleh para ulama dengan golongan "Ahlus Sunnah wal Jamaah". Selain dari
golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.

LAHIRNYA IMAM MAHADI

Ertinya:

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda:
"Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai
oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya
sama dengan namaku".

H.R Termizi

Keterangan

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan
qiamat sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang
lelaki keturunan Rasulullah saw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan melaksanakan
keadilan di permukaan bumi ini dan akan diikuti oleh seluruh kaum
muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudian keluarlah Dajal
dan turun pula Nabi Isa 'alaihis salam, dan Nabi Isalah yang akan
membunuh Dajjal itu.

Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir disaat umat Islam
berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya semua umat Islam akan bersatu dan
berjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di dunia ini dbawah
kekuasaan Islam.

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami
Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu
beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami
sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak
akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam
tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal,
binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam
alaihissalam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali
adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia
kepada Padang Mahsyar mereka".

H.R Muslimi

Keterangan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis
ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat
hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang
seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan
semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan,
hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang
akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu
Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat
daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan
mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan
beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian
dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding
yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul
Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api
itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul
Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang
terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal
adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan
perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan
disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari
langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah
permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam
cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa
qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan
itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari
tempat tenggelamnya".

Tiada ulasan: