Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 4 Februari 2013

SAH HADI MENIPU DEMI MENUTUP MALU PAS KONONNYA KARPAL TERIMA KEPUTUSAN MAJLIS SYURA TERIMA KALIMAH ALLAH TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DLM BIBLE



Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulamanya.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.

Hadi bagaimanapun ketika ditanya berhubung perkara itu meminta media merujuk kepada kenyataannya yang dikeluarkan dalam Harakah.
Menerusi semakan yang dibuat di laman web Harakahdaily.net, kenyataan media yang dikeluarkan pemimpin itu hanyalah yang bertarikh 14 Januari lalu dan dirasakan tidak relevan bagi menjawab ketidakpuasan hati Karpal bersabit isu tersebut.

Karpal semalam berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.

"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.
"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.
Karpal juga menafikan ada berbincang mengenai hal itu ketika Nik Aziz berkunjung ke kediamannya minggu lalu.

Tiada ulasan: