Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 24 Februari 2013

NIK AZIZ YANG BINATANG BUKAN PENERIMA BRIM !!!!!!!!



Admin panas betul dengan kenyataan biadap nik Aziz hari ni yang mempertahankan mulut celupar nya mengatakan penerima BRIM sebagai binatang Rakyat Malaysia marah kerana digelar binatang, haiwan Tuan Guru Nik Aziz hanya kerana menerima BR1M. Nik Aziz sendiri mengaku terima bantuan umrah dan haji percuma tidak pulak dia mengaku binatang!!! kalau macam tu dia sendiri lah yang binatangnya heeeeheee 

Tindakan MB Kelantan beri imej negatif terhadap Islam

Kuala Lumpur: Kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengumpamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat sebagai haiwan menimbulkan rasa marah penerima, termasuk ahli parti itu, yang amat tersinggung dengan kenyataan pemimpin yang diiktiraf mereka sebagai ulama.

Sambil menyifatkan ia tidak wajar, tindakan Menteri Besar Kelantan itu boleh memberi imej negatif terhadap Islam. 

Di Batu Pahat, ahli PAS Cawangan Bagan Laut, Rengit, Azman Daud, 32, mengakui terkejut dengan tindakan terbaru pemimpin PAS yang menjadi idolanya itu. 

Beliau yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Anak Muda RM250 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permata Jaya, Rengit, semalam, berkata bantuan itu sangat bermanfaat kepada golongan muda.

“Saya bukan saja terkejut malah tersinggung serta terkilan jika penerima bantuan kerajaan termasuk BR1M dianggap Tok Guru sebagai haiwan diberi makan,” katanya. 

Kelmarin, Nik Aziz dilaporkan menyamakan pemberian bantuan kerajaan termasuk BR1M sebagai memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.

Nik Aziz dilaporkan berkata, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan berkenaan makanan yang digemari. 
Ringankan beban

Di Seremban, Penggerak PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Md Fisol Abdul, menyifatkan langkah kerajaan memperkenalkan BR1M sangat baik kerana dapat meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

“Langkah itu ‘lulus’. Bagus untuk rakyat yang memerlukan bantuan kewangan. Bagi saya, semua orang yang layak menerima iaitu golongan berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 perlu menerima bantuan ini tanpa masalah kepartian,” katanya.

Di Kota Bharu: “Terkilan, terhina dan keterlaluan.” Itu luahan rakyat Kelantan yang cukup kesal dengan kenyataan Nik Aziz, malah tidak menyangka pemimpin mereka tergamak mengeluarkan kenyataan itu.

Anggap tiada maruah

Pemandu bas, Rahimi Ab Razak, 46, berkata, Nik Aziz menghina golongan berpendapatan rendah seolah-olah mereka tiada maruah.

“Dia sudah menjatuhkan imej orang Islam di negara ini dengan, sekali gus menghina orang Islam, Cina dan India yang menerima sumbangan itu,” katanya.

Mohamad Eid Mat Nor, 61, turut meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan ulama yang melampaui batas dan memalukan orang Islam. 

“Tindakannya itu membuktikan dia tidak layak untuk bertanding pada pilihan raya akan datang kerana mengeluarkan kenyataan cukup mengecewakan rakyat,” katanya.

Ibu tunggal, Fauziah Said, 51, pula berkata dia terkejut dengan kenyataan Nik Aziz itu yang sebelum ini cukup dihormatinya sebagai Tok Guru.

“Dia memalukan dan melukakan hati kami sebagai rakyat Kelantan, ia cukup mengguris hati kami yang banyak menerima bantuan dan sumbangan Kerajaan Pusat,” katanya.

Mohamad Zulkepli Mohamad Dun, 35, dari Kampung Padang Licin, kesal apabila seorang pemimpin PAS, yang mendakwa berpegang kepada prinsip agama sanggup melemparkan hinaan seperti itu.



Tiada ulasan: