Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 15 Februari 2013

DAP telah dan sudah menghina, menentang, memusuhi dan menyerang Agama Islam Sunnah Wal-Jama'ah sekaligus menghina, menentang dan menyerang kuasa2 DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja2 Melayu


DAP telah dan sudah menghina, menentang, memusuhi dan menyerang Agama Islam Sunnah Wal-Jama'ah sekaligus menghina, menentang dan menyerang kuasa2 DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja2 Melayu serta menolak dan menentang Perlembagaa. Maka umat Melayu dilarang sama-sekali sokong DAP serta parti PAS dan KEADILAN yang sokong DAP. Jika sokong PR jadi murtad dan munafik.
Sepanjang empat tahun penubuhannya, pada tahun 1969, PRU-3 berlangsung. DAP dengan Lim Kit Siang sebagai ketuanya kempen-kempen yang dijalankan oleh DAP dan Kit Siang lebih banyak menjurus kepada penghapusan Institusi Kesultanan Melayu dan apa-aa sahaja yang berkaitan dengan Melayu. Kit Siang dan DAP cuba menyambung tugas yang telah ditinggalkan oleh PAP dan Lee Kuan Yew.

Apa yang berlaku selepas itu adalah TRAGEDI BERDARAH!

Selepas gagal dalam tahun 1969, DAP dan Kit Siang agak mengendur sedikit sekalipun masih tidak membuang semangat mereka untuk merepublikkan Malaysia. Hanya pada tahun 2008, apabila Anwar Ibrahim menjadi rakan kongsi dan kepala konspirator, DAP dan Lim Guan Eng, anak dan pengganti fungsi Lim Kit Siang, meneruskan semula agenda lama mereka.

Namun kempen dan kaedah yang dijalankan oleh Lim Guan Eng lebih halus dan tidak konvensional sepertimana yang diamalkan oleh bapanya. Lim Guan Eng menyerang saraf dan kekuatan dalaman Melayu. Dia tidak menentang Raja-Raja Melayu secara berterus-terang tetapi melakukan perlecehan sepertimana yang dilakukan oleh LEONG PEI KOE, pengikut tegarnya yang kemudian ditahan, dibicarakan dan dijatuhi hukuman.

Cubaan Guan Eng telah berhasil. Undang-undang di Malaysia masih tidak dapat mengajar dan mendidik rakyatnya, terutama sekali yang berasal daripada kaum imigran agar tunduk hormat kepada apa-apa sahaja yang digariskan oleh Perlembagaan.

Biarpun di Singapura sendiri, mana-mana usaha untuk memburuk-burukkan PAP dan Lee Kuan Yew akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang sangat keras, termasuklah hidup dalam kemuflisan buat selama-lamanya, apa yang berlaku di Malaysia pula adalah sebaliknya.

Undang-undang di Malaysia terlalu lembut, baik sebelum tahun 1992 iaitu pindaan terhadap kekebalan raja-raja mahupun selepas tahun berkenaan semenjak merdeka. Pengalaman pahit pada tahun 1969 daripada angkara Lim Kit Siang, nampaknya masih tidak mematangkan pentadbiran negara terhadap asas penting pembentukan negara ini dari semenjak zaman Langkasuka dan Kedah Tua lagi lebih semilineum yang lalu.

Sikap yang ditonjolkan oleh LEONG PIE KOE sebenarnya tidak akan berhenti begitu sahaja. Sepanjang tahun 2008 sehingga 2012, para pengikut Pakatan Rakyat, khususnya yang berteraskan DAP secara terang-terang telah melakukan penghinaan terbesar terhadap Institusi Kesultanan Melayu dengan serangan secara terbuka terhadap DYMM Sultan Perak dalam kontroversi peralihan kuasa dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional selepas tiga orang ADUN Pakatan melompat keluar dan menjadi ADUN Bebas.

Begitu juga penghinaan yang dibuat oleh para pengikut PKR dan DAP terhadap DYMM Sultan Selangor dalam kemelut KRISTIANISASI yang berjaya dihidu dan didedahkan membabitkan DUMC dan sebuah gereja Angelical di mana kebanyakan pemimpin DAP adalah ahli utamanya. Serangan dan penghinaan terhadap DYMM Sultan Selangor juga telah diperlihatkan secara nyata menerusi kontroversi perlantikan SUK yang baru. Dan serangan serta perlecehan itu masih diteruskan sehingga kini membabitkan Raja Muda Selangor.

Timbul persoalan, apakah kerana tergila-gilakan STATUS KEBEBASAN dan tidak ingin dikenali sebagai sebuah masyarakat yang menjunjung FEUDALISME, maka harga yang dibayar oleh penghina-penghina Institusi Kesultanan Melayu itu, jauh lebih rendah berbanding nilai saman pemimpin politik seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng terhadap musuh-musuh mereka?

Tiada ulasan: