Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 25 Februari 2013

DAP LAHNATULLAH CUBA MEMBUAT BODOH LAGI

Tindakan kerajaan DAP yang  mahu ugut  menyaman kerajaan Pusat (BN) dan SPR kerana tidak mahu mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan (PBT ) di P.Pinang  jelas hanya gimik politik menjelang PRU 13. 

Bagi penyokong /macai Pakatan akan menyokong penuh la tindakan Guan Eng ini  kononnya Perlembagaan Persekutuan menyatakan DUN mempunyai kuasa mengadakan Piliharaya tempatan . 

Walhal SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihanraya berkenaan berikutan permansuhan peruntukan itu oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171) . 

Bila termahsuh dan terhentinya kuasa, maka keanggotan ahli majlis dibuat secara lantikan . 

Kenyataan   oleh  pembangkang  kononnya Akta Pilihanraya kerajaan tempatan 1960 masih wujud & terpakai adalah bohong  .  Malah mengikut Akta 1971 telah mula dikuatkuasakan di negeri P.Pinang  pada 15 Disember 1976 yang diwartakan melalui Pg .PU.73 dalam warta kerajaan negeri P.Pinang . 

Tetapi Guan Eng angkuh dan  tidak boleh  menerima pakai undang-undang persekutuan  sebaliknya menganggap undang-undang yang dibikin oleh kerajaannya   sebagai  sah  . 

Baca penjelasan SPR mengenai piliharanya kerajaan tempatan ini .KLIK DI SINI



GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu menyaman kerajaan pusat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan di kawasan penyeliaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pilihan raya kerajaan tempatan adalah satu perkara di bawah kelolaan negeri mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Dun mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan peruntukan bagi mengadakan pilihan raya tempatan di bawah Jadual Kesembilan dan Perkara 113 (4)  Perlembagaan Persekutuan.

Urusan mengadakan pilihan raya tempatan merupakan salah satu perkara dalam manifesto pilihan raya umum 2008.


Pada bulan Mei 2012, Dun Pulau Pinang meluluskan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012, yang memperuntukkan supaya SPR menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri memaklumkan kepada SPR bahawa enakmen berkenaan akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2013 tetapi gagal menerima sebarang komitmen daripada SPR untuk melaksanakan pilihan raya bagi MPPP dan MPSP," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, peguamnya diarah memohon kepada mahkamah persekutuan untuk memberi keizinan bagi mendapatkan pengisytiharan mengenai Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memansuhkan pilihan raya kerajaan tempatan di seluruh Malaysia.

Menurutnya, ia tidak sah atau tidak berkuat kuasa di Pulau Pinang dan enakmen 2012 yang diluluskan Dun Pulau Pinang sebagai sah dan memperuntukkan bagi SPR menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri akan bersama bekas Presiden Aliran, P Ramakrishnan akan memfailkan saman ini dalam tempoh dua minggu," katanya.

Tiada ulasan: