Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 1 Februari 2013

PAKATAN PEMBANGKANG MEMANG PANDAI BAB MEMFITNAH NI TERMASUK LAH ORANG2 PAS YG BERJUANG UNTUK KUASA DAN ISLAM DI CAMPAK KETEPI !!!!!!



Tidak ada apa yang dihairankan melihat tingkah pakatan pembangkang yang semakin gemar melontar fitnah dan memburuk-burukkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya mereka berpolitik.



sejak dari awal pakatan pakatan pembangkang wujud mereka lebih banyak memainkan fitnah daripada merealisasikan janji kepada rakyat dan ia semakin menjadi-jadi menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU).
Mereka melontarkan pelbagai tohmahan kepada kerajaan dan kepimpinan BN kerana semakin tidak keruan dan ‘kepanasan’ selepas kejayaan pelbagai agenda BN dan juga pelaksanaan lancar pelbagai bantuan untuk rakyat termasuklah bantuan persekolahan RM100 yang diumukan dalam bajet tahun lalu,
dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya negara ini sudah bankrap seperti yang disiarkan dalam Youtube adalah tuduhan melampau kerana Kalau betul kerajaan bankrap mana mungkin wujudnya dana bagi memberikan bantuan persekolahan kepada para pelajar sekolah selain kakitangan awam turut mendapat bonus? Banyak lagi bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk termasuklah BR1M yang akan diteruskan, baucer buku kepada golongan mahasiswa, bantuan kepada golongan belia dan macam-macam lagi yang membabitkan dana tinggi kerana kerajaan kita mampu.
Mereka ini akan mencari bermacam-macam helah untuk meraih sokongan dan saya berkeyakinan bahawa macam-macam lagi tuduhan yang akan keluar yang mana ia tak masuk dek akal pun kerana realitinya telah dinafikan oleh BN.”
Pakatan Pembangkang semakin terdesak sehinggakan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin tertinggi BN akan diputarbelit untuk dijadikan bahan propaganda dan tohmahan kepada kerajaan.
Kita lihat bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang melakukan lawatan kemanusiaan di Semenanjung Gaza semalam tetapi malangnya ia telah dimanipulasi dengan tuduhan bahawa beliau menyokong keganasan sedangkan realitinya mana-mana individu pun akan mempertahankan harta dan tanah airnya daripada diceroboh sebagaimana Hamas.
Dalam masa pemimpin negara kita melakukan bantuan dan misi kemanusiaan pun pakatan pembangkang lemparkan fitnah sedangkan usaha murni yang meletakkan kerajaan Malaysia sebagai perantara perdamaian antara Hamas dan Fatah tidak pula dinyatakan. Taktik tersebut akan berlarutan dengan pelbagai perkara lagi akan dibuat.
Sebelum ini pun mereka cuba meniupkan api perkauman dengan pelbagai cara termasuklah kononnya 300,000 orang India tidak mempunyai kad pengenalanan dan sijil kelahiran yang sah.”
Hasil laporan sebenar hanyalah 9,000 orang sahaja malah kerajaan telah sediakan program khusus bagi tangani masalah berkait. Inilah masalah mereka ini yang membuat pembohongan, membuat janji dan akhirnya janji mereka tidak ditepati sebagaimana Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Mereka ini tidak bertanggungjawab,” tegasnya lagi.
Tohmahan dan fitnah pembangkang juga turut dilemparkan kepada individu disekeliling kepimpinan BN sebagaimana isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor turut dibuat.
Orang dah tahu pembohongan mereka dan mereka tidak dipercayai lantaran permainan politik yang tidak bertanggungjawab.
Ingatlah, undi mereka akan membawa bahana kepada negara kita sedangkan BN sentiasa melaksanakan janji demi kesejahteraan negara pada masa hadapan dan akan memastikan Rakyat hidup dengan Aman dan sentosa.

Fakta yang mereka ini ibarat perosak Negara

1.Sejak pru 12 2008 , 4 negeri - Selangor , p pinang , Kelantan dan kedah diperintah pr termasuk 1 negeri selama 1 tahun lebih iaitu perak.Selama 4 tahun ini , kita dpt melihat bagaimana pemerintahan pr di negeri negeri tersebut berjalan dlm pelbagai isu sensasi dn kontroversi.

2.Apa yg menarik ialah soal dimana pemerintahan tersebut dipertikaikan oleh mereka sendiri , spt mana yg berlaku di p pinang , kedah , selangpr dn perak , Kelantan dikecualikan drpd permasalahan ini kerana pemerintahan dikelantan lebih kpd pemerintahan pas drpd pemerintahan pr.

3.Pecahan perincian pemerintahan pr di negeri negeri tersebut boleh ditakrifkan spt berikut ,

1.kerajaan pr Selangor

a.kerajaan pr Selangor lebih sesuai dilabelkan sbg kerajaan dap Selangor.

b.dalil yg mengukuhkan kesesuaian utk kerajaan pr Selangor di lihat sbg kerajaan dap ialah atas sbb pengaruh politik dn penguasaan serta dominasi politik dap dlm urusan perjalanan pentadbiran negeri Selangor .

Amat jelas pentadbiran negeri Selangor itu dipacu oleh percaturan politik dap.

c.beberapa isu politik membabitkan beberapa keputusan politik pr yg menyebelahi dap membuktikan penguasaan dap dlm keputusan kerajaan negeri.

Antara isu nya ;

1.isu arak 7 11 seksyen 11 shah alam

- Isu ini telah sbb kan pas mengambil tindkan disiplin keatas exco agama Selangor Hassan ali dn Khalid samad ahli parlimen pas shah alam , sdgkan ke 2 nya memperjuangkan agenda islam .

- Hassan ali selaku exco agama membantah keputusan ahli mesyuarat exco negeri ronnie liu yg campurtangan dlm serbuan pbt mbsa dipremis tersebut.

- Akibat drpd campurtangan tersebut yg tidak memihak kpd agenda islam pas diselangor dn dilihat menghina kedaulatan agama islam , pergolakan dalaman pr telah berlaku dgn amat dasyat sekali diantara pkr + dap melawan pas.

- Pergolakan tersebut telah sbbkan Hassan ali exco agama Selangor drpd pas dikenakan tindakan displin parti pas.hassan ali d iingatkan dn diberi amaran agar menghormati pendirian politik kerajaan pr Selangor.

- Dn amaran tersebut dtg drpd pas pusat dn pr pusat.

- Maknanya , pas pusat tunduk tanpa bantah dn melawan kehendak keputusan pr pusat , dn kita semua tahu , dap yg ada 29 kerusi dn pkr 26 kerusi parlimen telah sepakat utk menolak suara kuasa 23 kerusi pas dlm isu ini.

- Tidak cukup dgn dominasi politik dap dlm pr yg disokong pkr memutuskan utk bersetuju dgn pendirian exco Ronnie liu dlm isu ini , pas pula ditekan utk mengambil tindakan keatas Hassan ali.

2.Isu gereja dumc

- Bentuk paten isu gereja ini hampir serupa dgn kes arak 711

- Keputusan pr pusat menolak perjuangan hasan ali pas dlm kes ini dn mengikut kehendak keputusan yg dibuat oleh exco Ronnie liu dap yg disokong oleh pkr jga telah membuktikan penguasaan dn dominasi politik dap dlm keputusan kerajaan negeri Selangor.

- Tidak cukup dgn keputusan pr pusat yg menyebelahi dap dlm isu ini , pas didesak agar memecat Hassan ali kerana menongkah pendirian politik pr Selangor.

- Kerajaan negeri Selangor memecat Hassan ali sbg exco dn susulan drpd itu , beliau juga telah dipecat oleh pas sbg ketua pas Selangor dn sbgnya.

- Kita semua tahu ,sbb pemecatan Hassan ali oleh pas adalah atas kehendak pr pusat yg melihat perjuangan Hassan ali tidak sesuai dgn pendirian politik pr.

2.Kerajaan pr p pinang

a.Kerajaan pr pulau pinang amat jelas adalah kerajaan dap ,ketua menterinya dap dn exco utama kanannya juga drpd dap.

b.exco agama p pinang ialah drpd pkr dn bukannya drpd pas , ia 1 keputusan prerogative ketua menteri yg tidak salah disegi undang 2 tetapi mencurigakan disegi politik pr sendiri.

c.pas adalah komponen pr , dn semua tahu perjuangan islam pas berbanding pkr , dn semua juga tahu , pas mng 4 kwsn dun di p pinang dn pas diwakili oleh 4 dun dlm dewan negeri pulau pinang.

d.keputusan melantik exco agama p pinang drpd pkr oleh ketua menteri dap p pinang yg dilihat tidak menghormati pas telah mencemarkan agenda perjuangan islam pas dgn jelas.ia juga dgn terang membuktikan dimana sebenarnya kedudukan pas dlm pr.

e.antara isu lain bg membuktikan penguasaan dap dlm pr p pinang ialah ;

1.pemecatan tkm 1 pkr dr fairuz khairuddin

2.protes tkm 1 p pinang dr mansor othman ke atas ketua menteri dgn gelaran tokong .

3.politik tkm 2 ramasamy vs karpal singh dap.

Rumusan mudah 

1.rumusan mudah bg kerajaan pr Selangor dn p pinang ialah ;

a.ke 2 kerajaan negeri dikuasai mutlak oleh pendirian politik dap yg ultra chauvinist dn ultra secular.

b.suara dn kuasa sebenar pkr dn pas dlm politik pr.

c.penyokongan yg tidak seimbang dn tidak stabil dikalangan komponen pr.

d.pkr lebih menyokong dap drpd menyokong pas , pas menyokong dap tetapi dap tidak memihak kpd pas , pas tidak menyokong pkr dn pkr juga tidak menyokong pas.


Tiada ulasan: