Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 23 Disember 2012

PAS JADI PAK TURUT DAN PAK SANGGUP PKR DAN DAP

Kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang ketika ini Ibaratnya Melukut di tepian gantang… masuk tak lebih, keluar tidak kurang… tiada lebih baik,Begitulah ibaratnya parti Pas dalam pakatan pembangkang kini akibat daripada melacurkan perjuangan mereka semata-mata memuaskan nafsu politik Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sahaja.

Hanya nama Anwar dan Lim Kit Siang sahaja yang pernah disebut-sebut untuk mengisi jawatan Perdana Menteri. Sebenarnya bukan sahaja hasrat Pas melantik Hadi Awang menjadi Perdana Menteri ditolak, perjuangan Pas dalam hudud juga tidak dilayan DAP dan PKR. Mana ada hudud dimasukkan ke dalam buku Jingga malah perjuangan mereka memartabatkan agama Islam juga akhirnya terpaksa ditukar kepada kebajikan.

selama ini hanya Pas yang menwar-warkan mahu melantik Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti.

Namun sayangnya, hasrat mereka ini tidak pernah di sokong oleh DAP mahupun PKR, malah kedua parti berkenaan tidak pernah sesekalipun menyebut mahu melantik Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

Jelas sudah Pas telah melacurkan perjuangan mereka semata-mata untuk kuasa politik. Mereka tidak kisah kalau dihina asalkan dapat menjatuhkan UMNO. Oleh itu, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Pas kerana di situlah tempat selayaknya untuk mereka.

Memang selayaknya mereka dihina dalam pakatan pembangkang kerana mereka tidak mempunyai pendirian teguh walaupun hakikatnya Pas adalah parti yang terdahulu daripada DAP dan PKR,demikian adalah serba sedikit pandangan Mursyidul Am Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mat Arip yang telah di susun oleh Admin @PM-PB

Tiada ulasan: