Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 25 Disember 2012

Berita mengenai kenyataan Anwar melibatkan isu gay di Malaysia.

Antara petikan laporan berita yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia  mengenai kenyataan Anwar Ibrahim bersama BBC di Mumbai India baru-baru ini adalah seperti berikut. Utusan melaporkan :
  • Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan gay di Malaysia dikaji semula
  • Anwar Ibrahim menyifatkan undang-undang tertentu sudah lapuk dan sesuatu yang tidak releven lagi
  • Anwar Ibrahim menyentuh perkara itu ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima Anwar Ibrahim daripada golongan gay ekoranpembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari pada 9 Januari 2011
  • Kami masyarakat Islam dan bukan islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan mengggap undang-undang lapuk sebagai relevan

Anwar Ibrahim Sokong Gay? Harunsani Bidas Kenyataan Anwar Ibrahim – Berita Harian

Ini pula laporan berita daripada Berita Harian mengenai dakwaan Anwar Ibrahim sokong gay
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak semalam mengecam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa undang-undang berkaitan hubungan sejenis atau homoseksual di negara ini sudah lapuk dan harus dikaji semula.Anwar berkata demikian dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) World News, Khamis lalu. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.
“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelakidengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya, semalam.
Khamis lalu, Anwar dalam wawancara dengan BBC World News menyokong pemansuhan undang-undang lapuk homoseksual apabila ditanya mengenai sokongan diterimanya daripada golongan pro gay (pengamal seks sejenis) di negara ini selepas dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya. Kumpulan gay Filipina turut menyokong pembebasan Anwar daripada tuduhan itu. Anwar yang diwawancara menerusi persidangan video di Mumbai, berkata walaupun masyarakat negara ini tidak boleh menerima amalan homoseksual, undang-undang lapuk mengenainya tidak harus digunakan bagi menghukum orang yang tidak bersalah. (Sumber : Berita Harian)

Anwar Sokong Gay : Semak Video Wawancara Daripada BBC

Berdasarkan keterangan Anwar Ibrahim dalam video wawancara di atas, kita semak semula soalan dan jawapan daripada Anwar Ibrahim :
  • Question: Are u prepare to take that idea of anti discrimination as far as gay rights?
  • Answer: To use this sort of legislation to be used, to punish innocent people cannot be condoned or tolerated…
Bagi kami isu ini senang sahaja untuk difahami :
Soalan  wartawan :
  • “Adakah saudara (Anwar Ibrahim) bersedia untuk menjuarai ideal anti-diskriminasi seberat isu hak golongan homoseksual?”
Jawapan Anwar Ibrahim :
  • “Untuk menggunakan peruntukan undang-undang seperti ini, untuk menghukum golongan yang tidak bersalah tidak boleh dibiarkan atau disokong”…
Secara keseluruhannya daripada isi penting dalam video wawancara ini adalah :
  1. Malaysia tidak berpegang kepada kebebasan homoseksual
  2. Kaji undang-undang lama ini
  3. Pastikan undang-undang ini tidak menganiaya orang yang tidak bersalah
Bagi kami beliau tidak menjawab pun soalan tersebut. Dan bagi kami jawapan beliau adalah atas kapasiti sebagai orang politik (yang menyenangkan semua pihak) :
  • Kalau dia jawab ya, “dia kena”
  • Kalau dia jawab tak, “dia kena”
Akhirnya beliau memberikan jawapan yang bagi kami kurang relevannya. Persoalannya apa pendirian sebenar Anwar Ibrahim? Itu kami tidak pasti, kena tanya sendiri kepada Anwar Ibrahim, hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu
Kita tidak patut sokong cara budaya hidup homoseksual. Walaupun ada kalangan kelompok homoseksual ini tak nak jadi begitu, tetapi ia berdosa besar. Tak patut mereka terus terjebak. Penyelesaiannya? Penjarakan mereka? Tetapi, jika ada usaha yang berterusan untuk membantu kaum-kaum homoseksual ini kembali ke jalan yang benar, kami akan menyokongnya. Mana satu pendirian anda?
anwar ibrahim gay 2 Anwar Ibrahim Sokong Gay? Undang Undang Gay Sudah Lapuk & Harus Dikaji Semula? (Laporan berita muka depan Utusan mengenai Anwar Ibrahim hari ini)
Beza undang-undang manusia dengan undang-undang Allah.
Undang-undang manusia :
  • sesuatu itu dianggap sebagai satu kesalahan apabila ada mangsa buat aduan, selagi tiada mangsa buat aduan, tak dikata melakukan kesalahan
Undang-undang Allah :
  • undang-undang Allah tak kiralah ada aduan atau tidak, yang salah tetap salah tanpa mengenal siapa, tetap masuk “buku juga”
Apabila bercerita soal undang-undang sivil ini. Apabila sesuatu jenayah berlaku, maka banyak sumber penguatkuasaan yang akan digunapakai. Yang menjadi persoalannya hari ini.
  • Ada kes-kes jenayah yang terjadi contohnya sebelum-sebelum ini, kami amat menyokong penuh & berbangga dengan tindakan “pantas” pihak polis.
  • Tetapi adakala terdapat beberapa kes yang kadang-kadang menyebabkan kami termenung seketika melihat telatah pihak polis mengendalikan kes tersebut, adakah itu standard polis yang kita ada hari ini?
Bagi kami, pihak berkuasa sudah cukup bersedia daripada segi jumlah anggotannya tetapi sayangnya penguatkuasaannya “ala-ala secukup rasa”. Maknanya kita sendiri tak pasti undang-undang itu perlu atau tidak. Ikut suka sahaja nak laksanakannya.
Samada seks luar tabie secara paksa perlu dikekalkan, luar tabiee atau mengikut tabiee, ia tetap satu kesalahan seksual. Yang jadi masalahnya sekarang ia dilihat hanya digunakan untuk “pedajal orang sahaja”. Bukan masalah pada undang-undang tetapi masalah pada manusia yang diberikan tanggungjawab untuk laksanakan undang-undang itu sahaja.
Undang-undang sudah tersiap ada sekarang. Mengapa perlu dikusutkan kepala memikirkan perkara yang belum tentu terjadi, sedangkan masing-masing sudah mempunyai kuasa untuk melaksanakan undang-undang.Malangnya, masalah yang ada di depan mata, buat-buat tak nampak sahaja. Adakah pengutkuasaan hanya akan dibuat jika ada kelibat wartawan untuk dipaparkan dalam laporan berita semata?
Cuba lihat sekarang ini kawasan-kawasan kelompok Mak Nyah contohnya.
Di manakah ketika ini? Dimanakah penguatkuasaan yang sepatut dilaksanakan? Mengapa habiskan sumber tenaga daripada pihak berkuasa untuk kedaan-kedaan yang tidak diperlukan? Sedangkan…..tenaga, kudrat dan gerak kerja mereka boleh dialihkan kepada kes-kes jenayah yang sepatutnya diberikan lebih perhatian?. Mengapa?
P/S : Apa pendapat anda pula selepas melihat dan mendengar video jawapan Anwar Ibrahim bersama stesen TV BBC baru-baru ini?

Tiada ulasan: