Terlalu banyak hadist yang menyuruh umat Islam bersatu padu sesama umat,menjauhi perkara2 yang merosakkan perpaduan dan mentaati pemimpin, tetapi mengapa Pas sanggup mengingkari seruan hadist2 berkenaan,mungkin kerana terdesak inginkan kuasa dan pangkat mereka sanggup memfitnah kononnya kerajaan berlaku zalim kepada rakyat,tetapi apabila dijelaskan fitnah mereka itu mereka tidak dapat menerima kenyataan baik dari Pemimpin Pas sendiri mahupun penyokong2 mereka terutama sekali para penggiat laman sosial masa kini iaitu faceebook dan twitter PM lhat mereka ini seakan2 menggalakkan Perpecahan Umat Islam di Negara kita fikir2kan lah saudara seislam ku...
Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat".
Huraian Hadith:
- Janganlah kamu meredhai perbuatan jahat, jika kamu redha maka kamu dianggap berkongsi didalam mengerjakannya.
- Setiap orang yang bertaraf pemimpin hendaklah menyedari tanggungjawabnya dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah didalam pemerintahannya.
- Pemimpin yang arahannya menyeleweng daripada ajaran Allah tidak wajib dipatuhi tetapi tidak boleh diperangi selagi dia mendirikan solat.
- Antara mukjizat Rasulullah SAW ialah menceritakan perkara ghaib yang akan berlaku.
- Solat adalah syiar Islam yang membezakan antara Islam dan kufur.
- menimbulkan fitnah dan perpecahan dikalangan masyarakat Islam adalah dilarang, kerana perpecahan itu lebih berat dan lebih dahsyat daripada kemungkaran pemerintah dan ketidakadilan mereka.
- Hits : 779
Riwayat:
at-Tirmizi, katanya hadis hasan
Hadith:
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.”
Huraian Hadith:
- Haram bagi orang Islam mengkhianati dan mendustakan orang Islam yang lain.
- Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah dan harta benda orang Islam yang lain.
- Haram menumpahkan darah Islam sesama.
- Menghina seorang muslim adalah dosa besar kerana muslim ada penghormatannya di sisi Allah SWT.
- Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah sifat yang tersemat dihati sanubari, jika suatu perbuatan atau perkataan didorong oleh sifat itu maka perbuatan dan perkataan itu adalah dalil taqwa yang tersemat dalam hati, tetapi kadang-kadang perbuatan atau perkataan itu didorong oleh faktor luaran seperti riya’ dan ‘ujub.
Hasad Dengki Adalah Haram
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan dengki-mendengki, jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, jangan benci-membenci, jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah bersaudara dengan orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah dan menghinanya. Takwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali. Cukup seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam diharamkan darahnya, haratanya dan maruahnya (hak kemuliaannya).”
Huraian Hadith:
- Orang Islam tidak boleh bersifat dengki-mendengki, benci-membenci dan pulau memulau antara satu dengan lain.
- Orang islam tidak boleh membuat spekulasi harga yang bertujuan menipu orang ramai dalam urusan perniagaan.
- Orang Islam berkewajipan menjaga kepentingan orang Islam yang lain.
- Hasad dengki adalah haram kerana seolah-oleh menentang ketentuan Allah SWT.
- Memulaukan saudara seagama dengan tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari adalah haram kecuali kerana sebab-sebab yang diharuskan.
- Islam ialah agama yang sempurna merangkumi aqidah, syariah (muamalah dan ibadah) dan akhlak, tidak sempurna salah satunya tanpa yang lain, kesemuanya terkumpul dalam satu kalimat iaitu “takwa” yang tempatnya ialah jantung hati.
- Hits : 818
- Riwayat:MuslimHadith:Daripada Abu Hubairah A’id bin Amru al-Muzanni dia adalah seorang daripada ahli Bai’ah ar-Ridhuan RA, bahawa Abu Sufian datang kepada Sulaiman, Suhaib, Bilal dan beberapa orang sahabat lagi lalu mereka berkata,”Pedang-pedang Allah belum selesai tugasnya mengambil musuh-musuh Allah”. Berkata Abu Bakar RA, inikah yang kamu katakan terhadap seorang kenamaan Quraisy dan penghulunya?” Lalu beliau mengadap Rasulullah SAW dan memberitahunya, maka nabi bersabda, “Wahai Abu Bakar boleh jadi engkau telah menyebabkan kemarahan mereka. Jika engkau telah menyebabkan mereka marah sesungguhnya engkau telah menyebabkan kemarahan tuhan kamu”. Maka Abu Bakar menemui mereka tadi dan berkata, “Wahai saudara-saudaraku, adakah aku telah menyebabkan kemarahan kamu?” Mereka berkata, “Tidak, semoa Allah mengampuni bagimu wahai saudaraku”.Huraian Hadith:
- Orang Islam disuruh lebih mengutamakan perhubungan sesama mereka dengan tidak bercakap sesuatu yang boleh menyinggung perasaan.
- Allah SWT tidak meredhai seseorang terhadap sesuatu perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati saudaranya sesama Islam.
- Islam menggalakkan umatnya menjalin hubungan yang baik antara mereka.
- Hits : 1071Riwayat:MuslimKategori:AkhlakHadith:Daripada Abu Zar RA katanya, nabi SAW telah bersabda kepadaku, “Janganlah kamu memperkecilkan kebaikan sedikitpun, sekalipun engkau menemui saudara engkau dengan wajah yang berseri-seri.”Huraian Hadith:
- Kita tidak harus menganggap remeh apa-apa perbuatan atau pekerjaan yang dianggap baik oleh agama(Islam).
- Kita dituntut bermanis muka dan mengembirakan saudara seagama.
- Nilai kebaikan di dalam Islam sentiasa dijaga walaupun di dalam perkara yang sekecil-kecil.Terlalu banyak hadist yang menyuruh umat Islam mentaati pemimpin tetapi mengapa Pas sanggup mengingkari seruan hadist2 berkenaan,mungkin kerana terdesak inginkan kuasa dan pangkat mereka sanggup memfitnah kononnya kerajaan berlaku zalim kepada rakyat,tetapi apabila dijelaskan fitnah mereka itu mereka tidak dapat menerima kenyataan baik dari Pemimpin Pas sendiri mahupun penyokong2 mereka terutama sekali para penggiat laman sosial masa kini iaitu faceebook dan twitter PM lhat mereka ini seakan2 menggalakkan Perpecahan Umat Islam di Negara kita fikir2kan lah saudara seislam ku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan