Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 17 September 2012

J.A.I.S TIADA KUASA SERBU MAKSIAT DI SELANGOR KERANA BERSELINDUNG DI BALIK YANG DIPERTUA MDKS

Setelah mengetahui kegiatan Rumah urut ini seorang pemuda telah memberitahu PM bahawasanya beliau tidak berpuas hati dengan kegiatan Maksiat yang berleluasa lalu dia cuba membuat aduan dan yang paling memeranjatkan jawapan dari pada J.A.I.S adalah mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyerbu sebaliknya kuasa terletak di tangan Majlis Daerah Kuala Selangor sendiri.jadi massalah ini rupa2nya terungkai Rupa2nya puan ni terlibat bagi menolong D.A.P MEMASTIKAN SELANGOR MENJADI NEGERI MAKSIAT kerana sehingga hari ini kegiatan pelacuran masih berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Sebelum ini PM ada membuat pendedahan mengenai kegiatan rumah urut di Selangor dan dalam satu temuramah bersama Media soalan telah pun diajukan Apakah tiada peraturan tertentu yang menetapkan jumlah pengeluaran lesen pusat urut di sesuatu kawasan menyebabkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) tiada kuasa untuk mengehadkan bilangan premis terbabit di daerah ini?

Setiausaha MDKS, Azahari Sairin berkata, tiada penetapan jumlah kuota lesen terbabit menyebabkan 10 pusat urut refleksologi kaki di daerah ini yang berdaftar dibuka sehingga kini.

Menurutnya, pihaknya akan meluluskan sebarang permohonan membuka pusat urut selagi syarat yang ditetapkan Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan Daerah Kuala Selangor dipatuhi kononnya.


Jumlah rumah urut yang semakin bertambah di Selangor membimbangkan banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwapusat-pusat urut tumbuh bagai cendawan sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.yang amat membimbangkan rumah2 urut ini secara terang2 menjalankan aktiviti pelacuran sejak setahun lepas hasil siasatan kami dan penduduk setempat hanya membayar caj tambahan sehingga rm100 ke rm200 untuk mendapat servis bertahap vip menerusi risikan di selangor sahaja jumlah rumah urut yg dibina sejak PAKATAN memerintah jumlahnya terlalu tinggi dan kritikal.
Di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut dan lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Selasa melaporkan bahawa di Kuala Selangor terdapat enam pusat urut beroperasi dalam satu kawasanperdagangan yang baru dibuka manakala pusat urut juga dibuka di kawasan luar bandar iaitu tiga di Sekinchan, Sungai Besar (dua) dan masing-masing satu di Sabak Bernam dan Tanjong Karang. 

Tiada ulasan: