Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 19 September 2012

Golongan orang yang menggadai Agama untuk kepentingan dunia


Golongan orang yang menggadai Agama untuk kepentingan dunia

Rasulullah saw. bersabda maksudnya:  “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
(Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

NIK AZIZ
sering mengeluarkan kenyataan seolah-oleh membenci Sambutan Maulidurrasul.Nik Aziz juga menyampaikan kuliahnya dengan mengatakan "istiwa" itu bererti Allah itu duduk selendik di Arasy.Selain itu Nik Aziz juga beraqidah bahawa Pengajian Sifat 20 adalah campuran dari fahaman Yunan & Greek dan bukannya dari Islam 100 peratus.

Begitu juga dengan kenyataan dari Nik Aziz yang dipetik dari akhbar Harakah yang menganggap amalan bertahlil adalah meniru perbuatan golongan jahiliyyah.Selain itu Nik Aziz juga menganggap kelahiran Nabi Muhammad s.a.w adalah sama dan tidak ada bezanya dengan kelahiran kanak-kanak yang lain, tiada keistimewaannya.Selain Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang juga bersifat pelampau dengan mengeluarkan "Amanat Hj Hadi" yang mengkafirkan mereka yang tidak mengikut fahaman parti mereka.
Hadi Awang juga mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam tidak dituntut untuk menyambut Maulidurrasul kerana tiada dalil atau keterangan hadis untuk berbuat demikian.
Nik Aziz bukanlah berkelulusan Ugama apabila beliau tamatbelajar di Mesir.Kerana jika berkelulusan Ugama sudah pasti tamat sahaja Nik Aziz belajar maka jawatan yang beliau akan pegang didalam bidang tugasnya adalah Mufti ataupun yang sealiran dengannya dalam bab Ugama Islam.Kerana bukan dari kelayakkan nya dalam Ugama Islam lah Nik Aziz menjawat jawatan sebagai Pegawai KEMAS.Itu merupakan satu fakta yang cukup jelas menjelaskan dimana Level nya Nik Aziz Nik Mat MB Kelantan ini.

Beliau bukanlah Ulamak tetapi sama seperti pemain catur politik yang lain yang merebut kepentingan Kuasa, Harta dan Jawatan dalam pentas politik.
Nik Aziz sama seperti pemimpin parti politik lain sama ada UMNO, PKR ataupun mana mana parti sekalipun namun yang membezakan Nik Aziz ini adalah ilmu DOKTRIN yang ada pada beliau sehingga berjaya menggangkat beliau seperti Nabi yang suci murni lagi 
Huraian:
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat habuan dan keuntungan dunia yang mereka kejar. Mereka rela menggadaikan agama untuk mengejar kuasa, nama, pangkat, dan harta dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan.Ini lah yang di sebut menghalalkan cara. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.Contohnya pada hari ini kita dapat melihat ramai dari kalangan orang orang politik dan ahli ahli perniagaan melakukan perkara ini.Mereka termasok dalam golongan yang di sebut dalam hadis ini iaitu memperalatkan agama untuk “politik gain” dan perniagaan mereka.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
Wallahu’alam.

Tiada ulasan: