Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 26 Ogos 2012

MERDEKA DIMATA PAKATAN RAKYAT ?


Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari kemerdekaan kita Dan kita bangga kerana dalam jangkamasa itu kita telah maju jauh kehadapan sehingga mereka yang lama berada di luar negara tidak kenal tanahair mereka apabila kembali. Demikian perubahan yang telah berlaku.Orang asing pula apabila datang pertama kali ke Malaysia tidak percaya ini adalah negara membangun, negara dunia ketigaBukan sahaja Kuala Lumpur dan Putra Jaya sudah bertukar wajah dan dipenuhi dengan bangunan pencakar langit, dengan jalan-jalan bertingkat yang bersih dan dihias dengan tanaman bunga-bungaan sepanjang jalan dan lain-lain, tetapi bandar-bandar lain juga memperlihatkan pertumbuhan dan pembesaran, lengkap dengan jalan bertingkat yang penuh sesak dengan kereta menandakan kita sudah begitu jauh dari segi kemajuan Negara apakah rakan2 tidak merasa bangga dengan kemajuan yang sama2 kita kecapi Rata-rata kita lihat kemajuan yang telah dicapai. Jumlah yang miskin telah banyak dikurangkan dan mereka turut bersama bergembira


Rakyat Malaysia yang pergi ke negara asing berasa bangga kerana Malaysia dikagumi dan dihormati oleh siapa sahaja yang mereka bertemu apabila sahaja orang asing mengetahui yang mereka dari Malaysia


Jikalau dahulu semua ini rakyat Malaysia gembira dan bersemangat untuk menyambut kedatangan Hari Merdeka. Jalur Gemilang dikibar di kereta-kereta dan di bangunan-bangunan. Bukan sahaja Melayu yang bersemangat, Cina, India,malah semua suku kaum di Sabah dan Sarawak memperlihatkan semangat dan kegembiraan mereka tapi hari ni jika kita lihat semagat itu telah pudar sama sekali mungkinkah kerana ketaksubpan Politik melampau sehingga semangat patriotik cintakan Negara telah musnah dalam sanubari sebilangan Rakyat Malaysia sekarang itu yang membuatkan saya begitu sedih melihat perkara ini terjadi sehinggakan ada mulut2 sumbang sanggup mengatakan jalur Gemilang sebagai Jalur malang

Bukan senang kita nak merdeka dulu rakan2,
Tidak ada sesuatu bangsa yang bermaruah yang tidak ingin bebas daripada belenggu penjajahan. Kita lihat di sana-sini peperangan untuk membebas wilayah sendiri sedang berlaku. Kita lihat penderitaan mereka, hidup tidak sempurna, berlari-lari dengan bungkusan harta yang sedikit ke sana-sini. Sekejap-sekejap letupan senjata membunuh dan mencederakan mereka. Inilah nasib orang yang dijajah yang ingin merdeka sekarang pun jika kita lihat berapa banyak negara Islam yang aman dari peperangan kita sangat beruntung kerana kerajaan yang memimpin banyak menabur jasa bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian kita.


Cuma kebelakangan ni agak menduka citakan sedikit kerana ada sebilangan penyokong yg benci keamanan yang kita kecapi sanggup bersifat ganas,suka pada huru-hara,dan berminat merusuh.

Fikir2kan lah rakan2 jangan sampai kemerdekaan yang kita kecapi hilang dekkerana ketamakan kita yang ingin mendapatkan kuasa memerintah walhal belum dapat memerintah pun Negara dah huru-hara dibuatnya ini kan pula bila dapat memerintah pandai2lah korang fikirkan ini hanya teguran iklas sahaja kalau terkasar bahasa harap dimaafkan wassalam........

Tiada ulasan: