Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 29 Jun 2015

HARGA ROKOK NAIK LAGI ''ADA AKU KESAH'' OHOOOIIII

Dengan kenaikan harga Rokok ini elok sangatlah untuk perokok berkira kira untuk berhenti merokok lagipun apa untungnya membeli rokok yang harganya melebihi beras 5 kilo beb haaahaaaa

HARGA rokok akan naik sebanyak RM0.30 bermula esok ekoran faktor Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) berkata, pihaknya telah menyerap cukai ke atas rokok itu hingga ke hari ini.
“Semakan harga adalah mengambil kira GST. Syarikat telah menyerap GST selepas perlaksanaannya pada 1 April,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia Stefano Clini dalam kenyataannya hari ini.
Cukai sebanyak enam peratus GST telah diperkenalkan oleh kerajaan sebagai salah satu cara meningkatkan hasil cukai.
Terdapat pihak yang mengkritik pelaksanaan cukai itu, antaranya membebankan golongan berpendapatan rendah dan perlu membayar jumlah cukai yang sama dengan golongan yang berkemampuan.
Harga rokok yang disemak semula berkuatkuasa Isnin seperti berikut:
Dunhill RM13.80
Kent RM13.80
Benson & Hedges RM13.80
Peter Stuyvesant RM12.30
Pall Mall RM12.30
Lucky Strike Plain RM14.30