Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 4 Jun 2014

KITA SEBAGAI AHLI UMNO WAJAR MARAH BILA GOBIND SING HINA HUDUD KONONNYA PUNCA DAP KALAH,TAPI MENGAPA PENTAKSUB PAS BOLEH PEKAKKAN TELINGA ?


SATU PENGHINAAN Terang terangan terhadap Pas yang sebelum ini bermati matian menolong insan yang terang terang membenci perlaksanaan Hudud ini,selama berkempen untuknya di Bukit Gelugor PAS sanggup mengarahkan ahlinya WAJIB mengundi  Gobind Sing demi kemenangannya tapi bila Dap Kalah di Teluk Intan Pas terus dihina dengan kenyataan biadapnya pabila menuduh Pas punca kekalahan di Teluk Intan

Tuduhan hudud punca Diyana kalah di Teluk Intan?admin pm yang bukan ahli pas pun marah dengan kenyataan biadap dap ini dan mengapa ahli pas berdiam diri bak tikus mondok pula yer sahabat pm?persoalannya dimana maruah Pas bila kekalahan Dap di Teluk Intan Di KATAKAN BERPUNCA dari Pas

Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo dengan selambaa melontarkan bangangnya kononnya faktor hudud merupakan punca kekalahan calon parti itu, Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan.


Menurutnya, berdasarkan analisis awal, DAP telah kehilangan 25 peratus daripada undi bukan Melayu dalam PRK itu.

Menurutnya lagi dia berpendapat bahawa kontroversi berkaitan dengan pelaksanaan hudud oleh PAS menjadi menyumbang yang ketara terhadap kekalahan kami di Teluk Intan.

“Ketika PAS bekerja tanpa mengenal penat lelah dengan kami dalam DAP sepanjang kempen tersebut, yang mana kita bersyukur, (namun) mereka (PAS) berdiri teguh walaupun ketika tempoh kempen, bahawa mereka akhirnya akan melaksanakan hudud,” katanya dalam tulisan bertajuk “ Considering the Hudud factor in Teluk Intan loss,” disiarkan The Roket hari ini.

Kata Gobind Singh, ia dibuktikan dengan kenyataan PAS bahawa bahawa rang undang-undang hudud yang akan dibentangkan di Parlimen pada September walaupun mendapat bantahan daripada DAP yang berdiri teguh dengan agenda bersama Pakatan Rakyat (PR) yang ditandatangani pada tahun 2011.

“Pada pendapat saya, isu ini bermain dalam fikiran ramai pengundi kerana rata-rata daripada mereka tidak menyokong hudud dan merasakan bahawa Malaysia mesti kekal sebagai negara sekular dengan kuasa sepenuhnya diberikan kepada Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang ada .

“Ini boleh menyebabkan undi protes secara senyap terhadap PR.

“Ramai juga secara terbuka melahirkan kebimbangan mereka terhadap hasrat PAS yang meletakkan agenda hudud ke hadapan walaupun pada hakikatnya ia bukan sebahagian daripada agenda bersama PR, mereka mengatakan mereka merasa keliru dengan menyokong pemikiran PAS (sedangkan) parti itu tidak lagi melaungkan slogan penubuhan sebuah Negara Islam dalam dua pilihan raya yang lepas.

“Oleh kerana itu, ramai yang berhati-hati untuk menyokong PR seperti memberi sokongan kepada PAS dan agenda mereka untuk melaksanakan hudud,”katanya lagi.

Menurutnya, walaupun DAP memilih calon yang tepat untuk PRK Teluk Intan, Dyana Sofya dan parti bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangkannya, namun faktor calon dan visi masa depan tidak boleh memadamkan keraguan pengundi terhadap hudud.

“Kita mesti kembali kepada asas. Kita mesti berani dan menangani masalah-masalah ini sekarang. Jika kita gagal untuk menanganinya , kesan-kesan yang timbul daripada ketidakupayaan kita itu, pada fikiran saya akan menjadi satu bencana pada masa depan,” tegasnya. 


Inilah yang dikatakan Tahaluf Siyasi yang dibangga banggakan mereka sahabat pm,lihatlah bagaimana Pas dikudakan dap demi Politik mereka dan Keluarga mereka jadi sama sama kita renungkan perjuangan pas sekarang KEMANA HALA TUJU MEREKA? adakah menjurus kepada ke TAMAKAN KUASA atau selebihnya ?kita nilaikan dan renungkan sahabat pm semua
Catat Ulasan