Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 14 Mei 2014

Kempen Ramkarpal kecoh, pengundi tak puas hati Ramkarpal di ganyang seorang makcik

AMAT MEMALUKAN bila lawatan calon DAP, Ramkarpal Singh Deo di Jalan Delima, Island Glades, dekat sini dicemari insiden kekecohan apabila seorang wanita warga emas tidak puas hati kerana aduan penduduk di situ tidak diendahkan kerajaan negeri.
Ketika sedang beramah mesra dengan penduduk yang sedang melakukan senaman taici di sini kira-kira pukul 7 pagi, Ramkarpal terkejut dengan tindakan wanita tersebut yang melepaskan kemarahannya di situ.
Menurut wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Soo, 65, dia terpaksa berbuat demikian kerana aduan penduduk berkaitan lampu jalan di kawasan itu tidak mendapat maklum balas positif daripada kerajaan negeri.
Jelasnya, lampu jalan yang dimatikan seawal pukul 5 pagi itu bukan saja menyusahkan tetapi menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk.
“Alasan langkah penjimatan elektrik kerajaan negeri hanya menyusahkan penduduk di sini. Terbaharu dua kes kemalangan dilaporkan sejak lampu jalan di kawasan terbabit dimatikan walaupun keadaan masih gelap,” katanya.

Tiada ulasan: