Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 28 Februari 2014

KHALED BAKAL AJAR AZMIN ?

Menteri besar Selangor Tan Sri Khaled sebentar tadi berkata telah mendapat restu untuk bertanding dari pimpinan tertinggi PKR menerusi laman Malaysiakini yang admin pm petik sebentar tadi menampakkan yang perbalahan dalam PKR seakan akan menjadi lebih Kritikal.

Nampaknya permusuhan dua seteru antara kedua dua pemimpin ini akan berterusan dan bakal menghuru harakan lagi barisan kepimpinan Pakatan khususnya PKR yang semakin hari semakin bercelaru sesama mereka

Admin pm juga agak tertarik dengan pergolakan antara mereka ini yang seakan akan mereka ini lebih pentingkan kuasa sesama mereka dan jika di congak dan di fikir apakah rasionalnya perkara ini dan bayangkanlah Anwar yang diangkat sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor PUN TIDAK DIBERITAHU mengenai perjanjian air yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat,jelas menunjukkan Anwar penasihat pada nama sahaja gara gara pergolakan antara kedua dua pihak ini 

Bak kata tpm KITA YANG ADMIN PETI BARU2 INI berseluruh dengan sindiran sinis terhadap Anwar dengan berkata "Agak aneh kalau sudah jadi penasihat ekonomi, tak tahu apa yang berlaku di Selangor.

"Maknanya dia tak pernah bagi apa-apa nasihatlah''

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata, beliau dan partinyatidak tahu menahu berhubung memorandum persefahaman yangdimeterai antara kerajaan Selangor dan kerajaan pusat kelmarin.

Katanya, sekalipun beliau dimaklumkan dari masa ke semasa tetapi tidak mengetahui perkembangan terkini berhubung perkara itu.

APA AKAN JADI SEKIRANYA BENAR2 ANWAR RAMPAS JAWATAN KHALED SELAPAS PERJANJIAN MOU TERSEBUT ?
Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula bekalan air di Selangor tidak boleh diubah sekalipun kepimpinan Selangor bertukar. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara berkenaan dinyatakan secara jelas dalam MoU yang ditandatangani Rabu lepas. 
Penetapan berkenaan membolehkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan hingga siap mengikut jadual ditetapkan. 
“Kita harap dalam tempoh mungkin 2 tahun setengah lagi atau  seberapa cepat yang mungkin, sumber air baru yang datang dari Pahang ini akan mengalir ke Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya selepas melakukan lawatan mesra di Sungai Chua, Kajang. 
Beliau berkata demikian selepas ditanya adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menghentikan Projek Langat 2 sekiranya beliau menang Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, seterusnya mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor. 
Tambah Muhyiddin lagi, perjanjian tetap itu dipersetujui sendiri oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menyedari kemungkian perjanjian itu mungkin diubah atau dihentikan sekiranya kepimpinan negeri Selangor bertukar. 
“Khalid (Tan Sri Abdul Khalid) ini walaupun nampak seperti tidak bijak politik tetapi dia tahu agak pakar, dia tahu apa muslihat Anwar,” katanya 
Selasa lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau Dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masing-masing mewakili kerajaan pusat dan negeri menandatangani MoU itu di Putrajaya. 
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Anwar dilihat tidak ikhlas membantu menyelesaikan masalah rakyat kerana tidak mengetahui mengenai perjanjian MoU itu sedangkan dia merupakan Penasihat Ekonomi Selangor. 
“Anwar tidak tahu menunjukkan beliau tidak memberikan nasihat dan hanya mahu 'nama' dan langsung tidak memberi perhatian (masalah air Selangor). 
"Dia (Anwar) sebagai penasihat ekonomi patut ambil langkah menyelesaikan masalah air, dalam soal begini nyata beliau tak ada sumbangan," katanya lagi. 
Sementara itu Presiden MCA Datuk Seri  Liow Tiong Lai berkata tindakan kerajaan negeri Selangor menandatangani MoU itu dilihat mematikan langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempolitikkan isu air di Selangor. 
"Sekarang kita dapat lihat negeri Selangor pun menghadapi kekurangan air dan tidak sepatutnya dia nak teruskan mainkan politik isu air” katanya. 
Jelasnya isu air merupakan sesuatu yang penting dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menyelesaikannya
Pssstt..Inikah Tahaluf Syiasi yang mereka bangga banggakan ??? jika kita bijak kita nilai jika kita pandai kita selidik,Jika kita prihatin kita tegurkan,Tahaluf Syiasi mereka ni sebenarnya hanya pada nama dan Hakikatnya sahabat pm boleh lah nilaikannya Wallahuaklam..

Tiada ulasan: