Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 28 Disember 2013

Neelofa ditangkap khalwat?

SETELAH lama tidak dikaitkan dengan sebarang kontroversi, nama pelakon dan pengacara, Neelofa tiba-tiba menjadi bualan apabila didakwa ditangkap khalwat dengan seorang lelaki dipercayai suami orang malam kelmarin.
Namun, pengurus pelakon popular itu, Mohd. Amer Shafiq Khalip menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut kerana mendakwa dia sendiri ada menemani Neelofa hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.
Setakat ini, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor belum membuat sebarang kenyataan menjawab dakwaan tersebut.
“Saya amat terkejut apabila Neelofa dikatakan telah ditangkap khalwat, sedangkan dia ada bersama sehingga pukul 2.30 pagi memandangkan kami perlu melayan tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.
“Selepas itu, dia terpaksa pulang ke rumah segera untuk mengemas barang dan bersiap-siap kerana perlu ke lapangan terbang pada pukul 5.30 pagi dan berangkat ke London empat jam kemudian,”ujarnya seperti dipetik akhbar Kosmo! hari ini.
Semalam terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan Lofa telah ditangkap khalwat dengan seorang lelaki yang dipercayai suami seorang selebriti.
Tetapi, kesahihan dakwaan dan khabar angin tersebut belum dapat dipastikan kerana pihak media tidak dapat untuk menghubungi Lofa kerana dia sedang melancong di London untuk beberapa hari. 

Tiada ulasan: