Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 1 Disember 2013

HILANG SELERA MAKAN BILA JUMPA BANGKAI TIKUS DALAM UDANG SALUT TEPONG

Seorang tukang paip iaitu Mohammed Ali, 37,kehilangan selera makan hingga mampu minum jus sahaja selepas menemui bangkai tikus dalam udang salut tepung yang digorengnya.
Mesti sahabat sahabat PM tertanya tanya kat mana tempat ni kan,sebenarnya kejadian ini berlaku di Stoneyburn, Barat Lothian, Scotland,dan kisahnya bermula bila Mohammed Ali, 37, pada mulanya memasukkan ketulan scampi, sejenis udang yang dijadikan makanan segera dari pasaraya Tesco tempatan ke dalam kuali untuk digoreng, sebelum melihat satu objek ganjil turut meluncur keluar.
Ali kemudiannya mengeluarkan objek berkenaan dari dalam minyak lalu serta merta mengenali ia merupakan bangkai tikus!
Sejak peristiwa itu Ali mendakwa dia mengalami tekanan kerana selama ini begitu menggemari scampi namun kini bukan sahaja makanan kegemarannya itu malah yang lain-lain pun tidak dapat ditelannya kerana berasa geli.
Ali juga meluahkan kekesalan kerana sering diejek oleh keluarga dan kawan-kawan ekoran insiden tersebut.
Jurucakap Majlis Barat Lothian berkata, pegawai kesihatan sedang menyiasat kes berkenaan 

Tiada ulasan: