Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 31 Disember 2013

Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak Sarankan Datuk Nur Jazlan Mohamed ‘Beri saranan bijak, bukan kritik PM’

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed diingatkan supaya memberi saranan bijak untuk mengatasi polemik rakyat yang semakin tertekan disebabkan kenaikan harga barangan kini, bukan mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak secara terbuka.
Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak berkata, pihaknya tidak menafikan rakyat kini semakin terhimpit dan marah dengan kenaikan harga barangan l selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Bagi saya, itu hanyalah pandangan peribadi Jazlan. Tapi beliau tidak sepatutnya mengkritik secara terbuka dan menuding jari kepada perdana menteri kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sinar Harian semalam, melaporkan tulisan Jazlan yang mengkritik pentadbiran perdana menteri dan menyatakan segalanya kini tertumpu kepada Najib sebagai nakhoda negara untuk membuat keputusan berani bagi meredakan kemarahan rakyat jika tidak mahu dihukum pada PRU14.
“Saya nasihatkan Jazlan tidak mengambil kesempatan di atas kemarahan rakyat ini untuk dijadikan mainan atau kepentingan politik beliau,” tegasnya.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan kerajaan mempunyai kuasa untuk menurunkan harga barangan tetapi ia bergantung kepada jenis barangan.
“Bagi isu harga kawalan, kementerian tak perlu lagi memberi amaran kepada peniaga ingkar, sebaliknya bertindak terus jika mereka tak mematuhi harga,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut membidas Kerajaan Negeri Selangor yang menaikkan cukai perniagaan sehingga 400 peratus baru-baru ini kerana situasi itu turut menghimpit golongan peniaga. 

Tiada ulasan: