Sebelum ini penguatkuasa MBPJ saya dapati tidak serius melaksanakan tindakan. Struktur disahkan haram tetapi tidak dirobohkan sepenuhnya. Kalau gerai burger beroperasi tanpa lesen, pantas gerai dan peralatan perniagaan disita.
Sikap double standard jelas dipraktikkan.
Pelik.
Hakikatnya, tanpa bekalan elektrik, premis haram itu tentunya tidak mampu beroperasi. Kakitangan TNB telah memotong bekalan elektrik disambung secara haram sebelum ini. Ajaibnya tatkala saya melakukan tinjauan 3 hari lalu, premis terbabit masih mempunyai bekalan elektrik.
Maksudnya, sejak Mei lalu, sewaktu premis sama diperiksa oleh kakitangaT TNB, tiada pemantauan dijalankan.
[ Klik di sini ]
Hanya selepas blog ini mendedahkan fakta sebenar, tindakan diambil. Semalam saya menerima emel dihantar oleh Pengurus Kanan Unit Media Sosial & Digital TNB. Terima kasih kepada Encik Saiful Ameen Harun kerana sudi memaklumkan saya berhubung perkembangan tindakan telah dan bakal dilaksanakan.
Sila rujuk kandungan emel di bawah.
Perkara :
Aduan aktiviti kolam memancing melibatkan talian penghantaran di Damansara Perdana. Tanah tersebut adalah dimiliki oleh Jabatan Hutan manakala TNB telah diberi hak Izinlalu (ROW).
Tindakan yang telah diambil :
Lawatan tapak telah diadakan pada 30 September 2013 bersama pihak Jabatan Hutan. Punca sambungan elektrik haram telah dipotong oleh TNB dan kawasan aktiviti memancing berkenaan telah disita oleh Jabatan Hutan.
Saiful Ameen Harun
Senior Manager, Digital & Social Media Unit
Corporate Affairs & Communication Department
Tenaga Nasional Berhad
Level 6 TNB HQ Jalan Bangsar 59200 Kuala Lumpur.
Saya percaya, semua pembaca tahu, saya tidak dibayar untuk melakukan tinjauan ke lokasi dan kemudian berkongsi fakta di blog ini. Pada masa sama, TNB tidak pernah memberikan diskaun bil elektrik rumah saya.
Usaha ini saya lakukan di atas kesedaran media sosial jika digunakan secara bijak mampu merubah keadaan.
MAZIDUL AKMAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan