Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 19 September 2013

Pengakuan Ekslusif Bekas tentera putus kedua-dua kaki kerana komunis mahu rakyat sedar kekejaman PKM

Nasib yang menimpa Pejuang Negara ini harus diambil Iktibar bagi sesiapa Rakyat Negara kita, bayangkan betapa susahnya menentang Komunis musuh Negara ini dan dengan tak semena mena Pemimpin pemimpin Pakatan Pembangkang sewenang wenang nya cuba mengubah sejarah dengan mengatakan Komunis sebagai Pejuang

Mari kita inbau Nasib Pejuang yang kehilangan kedua dua belah kaki nya ini akibat terkena jerangkap samar yang dipasang Puak pengganas Komunis pada ketika itu

KUALA LUMPUR - Bekas tentera, Rosli Adnan Nasution, 54, yang putus kedua-dua kakinya kerana terpijak jerangkap samar dipasang Parti Komunis Malaya (PKM) di sempadan Malaysia-Thailand, amat emosi jika disebut nama komunis ataupun pemimpinnya Chin Peng.
“Mendengar perkataan ‘komunis’ itu pun saya sudah benci, apa lagi jika pengganas itu (Chin Peng) disemadikan di bumi bertuah ini,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tindakan setengah pihak yang masih mendewakan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan negara dan menyokong untuk membawa balik abunya ke negara ini.
Setiausaha Agung PKM, Chin Peng, 89, meninggal dunia di Bangkok, Thailand kerana sakit tua pada Isnin lepas.
Rosli berkata, walaupun beliau tidak terlibat dalam operasi menentang komunis semasa zaman darurat iaitu dari dari 1948 hingga 1960, kesan-kesan peninggalan kumpulan itu telah menyebabkan beliau cacat.
“Saya antara 400 askar yang cedera akibat terpijak jerangkap samar,” katanya dan menambah, walaupun keadaan darurat semakin reda selepas zaman darurat, bagaimanapun ideologi dan ancaman komunis masih berterusan sehingga boleh nampak semangat mereka yang membara."
Rosli berkata, akibat kejadian itu, beliau kini terpaksa bergantung kepada sepasang kaki palsu untuk keluar berjalan, dan kerusi roda untuk bergerak di rumah.
Beliau yang bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand pada 1970-an, bukan sahaja terpaksa meninggalkan keluarga, bahkan pernah tidak makan beberapa hari kerana terputus bekalan.
Pihak yang cuba menggambarkan Chin Peng dan PKM sebagai ‘pejuang kemerdekaan’ jelas amat keliru dengan wayang yang dimainkan oleh kedua-duanya, katanya.
Beliau berharap rakyat Malaysia, terutama generasi muda, tidak mudah terpengaruh dengan fakta yang sengaja diputarbelitkan lebih-lebih lagi yang menggambarkan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan. - Bernama
Psssttt..Nak tahu tak cerita seorang orang lama di tempat Admin ni berkenaan komunis ni?Mehhh Admin ceritakan serba sedikit apa yang admin ingat apa yang diritakn pada Admin,nama pakcik tu Osman (bukan nama sebenar)umur sekarang dalm lingkungan 57 tahun apaila british berundur dicritakan pada Admin disetiap kuala kuala sungai serta laut2 kelihatan orang orang cina diceritakan pada Admin yang mereka membina Pintu pintu gerbang yang besar supaya kapal kapal besar dari china senang nampak untuk masuk ke negara kita diketika itu

Nasib baiklah perkara ini dapat dihidu British dan Pihak British telah mengebom kapal kapal tersebut dikhabarkan oleh pakcik tu jumlah kapal kapal besar itu melebihi 200 buah kapal besar yg membaa muatan beratus ratus orang cuba bayangkan kalu perkara ini gagal dihidu mungkin mereka ini lah yang akan menjadi kan negara lebih kucar kacir pada ketika itu jadi tindakan Pakatan Pembangkang yang cuba mengubah sejarah amat kita kesali,Undi BN anda selamat Undi Pakatan alamatnya melayu akan terpinggir dengan agenda merampas keistimewaan kita sebagai Bumiputera di Negara kita sendiri. 

Tiada ulasan: