Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 26 Ogos 2013

RASUAH DALAM PAKATAN :KHALED IBRAHIM MENGAKU PAKATAN RAKYAT PUN ADA RASUAH!!! BARU BANGUN DARI TIDUR DAN BARU NAK BERTINDAK OCTOBER NANTI ERK !!!

SHAH ALAM: Ekoran penahanan tiga pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terlibat dengan amalan rasuah, Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan penubuhan Unit Integriti bagi mencerminkan ketelusan pentadbirannya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang medianya berkata, penubuhan unit khas di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu bertujuan membanteras aktiviti penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa dari terus menular dalam pengurusan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat itu. 

Menurut Khalid lagi, sekurang-kurangnya dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditempatkan dalam unit tersebut dan dijangka akan mula beroperasi selewat-lewatnya Oktober nanti.

"Unit Integriti kita tubuhkan yang mana ia merupakan satu unit khas selaras dengan konsep ketelusan dan 'Freedom of Information' yang mana kita bersetuju supaya unit khas ini mengendali maklumat-maklumat pentadbiran negeri.

"Kita juga menempatkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan memantau cara-cara pentadbiran negeri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. 

Berita Harian semalam melaporkan tiga penguatkuasa JAIS didakwa menyalahguna kuasa dan menerima suapan daripada pasangan yang melakukan kesalahan khalwat sehingga berjaya mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit sebulan.

Ketiga-tiga individu itu telah ditahan SPRM minggu lalu dan bakal didakwa pada minggu hadapan.

Mereka dipercayai telah lama melakukan kegiatan itu bersama berdasarkan buku simpanan bank masing-masing.

Khalid selain itu menegaskan, melalui penubuhan unit Integriti itu kelak akan dapat membimbing kerajaan negeri agar lebih telus dalam mentadbir kerajaan negeri itu. 

"Baiknya ialah hubungan kita dengan SPRM adalah berterusan, pegawai itu akan menolong kita membuat pemantauan tentang cara yang sebaiknya untuk kita menghindarkan gejala rasuah dan salah guna kuasa.

"Difahamkan mereka (SPRM) bersetuju untuk menempatkan pegawai sebagai ahli dalam unit tersebut," jelasnya. 

Tiada ulasan: