Satu kejutan besar dan amat bertepatan dilakukan apabila Perlantikan mengejut Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy peguam berusia 47 tahun itu telah dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan baharu Kabinet Persekutuan hari ini.
- 18 April lepas, Hindraf dan BN memeterai MoU merangkumi enam perkara utama dengan tujuan membawa masyarakat India yang miskin ke arus perdana pembangunan negara.
- Sokongan kepada BN, NGO tersebut banyak memainkan peranan dalam menarik pengundi kaum India menyokong pembangkang sebelum ini, mengambil pendirian untuk beralih angin dengan menyokong BN pada PRU13
- Perlantikan mengejut Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy peguam berusia 47 tahun dijangka membawa gelombang harapan bagi meningkatkan tahap kehidupan masyarakat India di negara ini
SEJARAH BELIAU YANG PAHIT AKHIRNYA MEMBUAHKAN HASIL MELALUI KEBIJAKSANAAN DS NAJIB YANG MAHU KEAMANAN DAN PERPADUAN DI MALAYSIA
- Waythamoorthy, anak kelahiran Kelantan, meninggalkan Malaysia tiga hari selepas bantahan besar-besar oleh badan itu pada 25 Nov 2007 yang menyaksikan beberapa aktivis kumpulan itu ditahan pada 13 Dis 2007.
- Pada Mac 2008, kerajaan Malaysia membatalkan pasport Waythamoorthy. Berikutan itu, beliau memohon dan diberi suaka politik oleh kerajaan Britain. Pada bulan Oktober tahun yang sama, kerajaan mengharamkan Hindraf.
- Pada 1 Ogos tahun lepas, Waythamoorthy kembali ke Malaysia dengan pasport dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura selepas tinggal di England selama 56 bulan.
- Bagaimanapun, pada Januari lepas, kerajaan menarik balik pengharaman selama tahun tahun itu bagi membolehkan Najib, selaku Pengerusi BN dan Waythamoorthy mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah kaum India.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan