Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 26 Mei 2013

Degil dan Biadap.... Masih ada peserta himpunan yang langgar Akta Himpunan dan bakal didakwa !!!!

Melalui tinjauan Admin Politik tiada salahnya selagi tidak merugikan Islam dan berpolitik lah dengan bijaksana dan hasanah kalau merugikan orag Islam kita patut menolak menyertai jemaah ini bayangkanlah Himpunan pada jam 7.00 ptg mula ucapan pemimpin Pakatan Pembangkang dah dekat masuk waktu Magrib.

Memang tidak dinafikan solat di atas padang pun boleh juga tiada salahnya akan tetapi berapa ramai pula yg sholat dengan yg tak bersolat? Berpolitik biarlah berpada-pada jangan merugikan kita dan cuba fikir apa hasilnya berhimpun tu tak lebih sengaja biar Negara kita dipandang rendah Moralnya kerana kuat membantah pada benda yang tak ada Asasnya


PETALING JAYA - Himpunan Suara Rakyat 505 yang berlangsung di padang timur, Amcorp Mall malam tadi menyaksikan ramai peserta khususnya ibu bapa secara terang-terangan melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dengan membawa anak-anak mereka sejak tengah hari semalam mendapati kebanyakan ibu bapa yang ditemui rata-ratanya membawa kanak-kanak di bawah umur 21 tahun.

Menurut akta tersebut, seseorang melakukan suatu kesalahan jika kanak-kanak menyertai perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Dalam akta itu turut menyebut jika seseorang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(a),(b),(c) atau (e) boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM10,000.

Manakala seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (2)(f) pula, ia boleh apabila atau disabitkan didenda tidak melebihi RM20,000.

Sementara itu, pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan khas kepada golongan orang kurang upaya (OKU) kerana menyukarkan mereka untuk bergerak bebas seperti menunaikan solat.

Selain itu, peserta himpunan yang juga disertai golongan OKU ini turut berhadapan kesukaran menggunakan tandas mesra OKU di bangunan berdekatan.

Mengikut APA 2012, pihak penganjur hendaklah memastikan sesuatu perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.
Psssttt:Den tak pelek dan tak heranpon pada yang berangan kononnya kata benda ni berfaedah tapi minta tolong dalami setiap undang2 itu kerana undang2 dibuat utk menjaga kepentingan awam sebaliknya bukan utk kumpulan tertentu sehinggakan membahayakan nyawa anak kecil jika perkara yg tidak diingini berlaku...

Tiada ulasan: