Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 19 Mei 2013

BERANI KERANA BENAR !!! TUNKU AZIZ AKAN TERUS MEMBONGKAR DAN SEDIA DISAMAN !!!

Tunku Aziz akan terus buat pendedahan, sedia disaman Jika DIA BERSALAH dan beliau berasa beliau wajib mendedahkan agenda-agenda jahat parti berkenaan demi menunjukan pada rakyat siapa sebenarnya mereka ini dan beliau berasa tiada sebab beliau nak takut disaman kerana kenyataan beliau adalah benar.

KUALA LUMPUR 19 Mei - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berikrar akan terus membuat pendedahan berkaitan parti itu walaupun menerima ugutan agar menutup mulutnya atau terpaksa menghadapi tindakan undang-undang.

Menurut Tunku Aziz, beliau sedia disaman pada bila-bila masa walaupun Pengerusi DAP, Karpal Singh telah memberi amaran kepada beliau supaya tidak lagi menceritakan rahsia dalaman parti kepada umum.

"Siapa Karpal untuk mengarahkan saya tunduk kepada kemahuan beliau? Saya tidak sekali pun gerun dengan amaran ini, saman saya dengan segera pada bila-bila masa, saya tidak takut dengan ugutan kebudak-budakan seperti ini

Tiada ulasan: