Bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim yang digantung pengajian setelah didakwa melanggar peraturan universiti, ditahan polis di kawasan Bangsar di sini hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, penahanan tersebut adalah bersabit satu siasatan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
"Adam Adli ditahan pada pukul 3.15 petang hari ini (semalam) dan kini ditahan di lokap Balai Polis Jinjang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
(Hadith Riyawat Ibnu Majah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan