Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 15 Mei 2013

81 PERATUS MAHU ANWAR BERSARA


Lebih 81 peratus mahu Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara setelah pakatan tersebut gagal membentuk kerajaan pusat selepas PRU13, 5 Mei lalu.

  • Bancian online The Edge melalui laman www.theedgemalaysia.com (pembaca akhbar Edge) menunjukkan setakat jam 3 petang semalam, sebanyak 12,588 mengambil bahagian dalam bancian tersebut.

  • Daripada jumlah itu, 10,275 undian mengatakan sokongan supaya Anwar memenuhi janji untuk meletakkan jawatan tersebut.

  • Sementara itu, sebanyak 2,314 orang pula mahu Anwar terus mengetuai pakatan pembangkang kerana berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum lalu.

  • Bancian ini masih berlangsung dengan soalan berbunyi, ‘PR telah gagal menawan Putrajaya pada PRU13. Adakah Anwar perlu meletakkan jawatan sebagai ketua?’.

Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos tahun lalu berkata beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

Tiada ulasan: