Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 12 April 2013

SUARAM:Sosma akta kuno, tidak perlu semasa pilihan raya


Suaram lagi sekali bertindak kurang matang ibarat menjadi model pertubuhan yang menggalakkan perpecahan dan menjadi prisai rakyat untuk merusuh dan sanggup menuduh Pihak Keselamatan tidak beretika dalam menjaga keamanan Negara,Bayangkanlah kalau mereka memerintah Negara apa akan jadi ???



Harakahdaily,12 Apr 2013

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berpendirian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma bukan sahaja tidak perlu digunakan semasa pilihanraya, bahkan Sosma merupakan akta konservatif yang langsung tidak diperlukan oleh negara.

Penyelarasnya, Syukri Razab berkata, takrifan kesalahan keselamatan di bawah Sosma terlalu luas sehinggakan polis boleh melakukan tangkapan secara wewenangan.

“Bagi urusan pilihanraya, sudah wujud undang-undang yang boleh menangani salah laku berkaitan Pilihanraya seperti Akta Kesalahan pilihanraya,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Suaram berpendirian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma bukan sahaja tidak perlu digunakan semasa Pilihanraya, bahkan Sosma merupakan akta konservetif yang langsung tidak diperlukan oleh negara.

Takrifan kesalahan keselamatan di bawah Sosma terlalu luas sehinggakan polis boleh melakukan tangkapan secara wewenangan.

Bagi urusan pilihanraya, sudah wujud undang-undang yang boleh menangani salah laku berkaitan Pilihanraya seperti Akta Kesalahan pilihanraya.

Polis dilihat cuba mengambil jalan mudah dengan menggunakan Sosma bagi menakut-nakutkan orang ramai memandangkan akta tersebut memberi kuasa besar kepada pihak Polis untuk membuat tangkapan.

Risiko berlakunya tangkapan sewenang-wenangnya semasa pilihanraya

Sosma memberi peruntukan yang sama seperti ISA iaitu pihak Polis boleh menahan sesorang hanya berdasarkan syak wasangka bahawa seseorang itu terlibat dengan kesalahan keselamatan.

Berdasarkan kajian kes yang berlaku, terdapat bukti yang menunjukkan pihak Polis melakukan tangkapan secara arbitrari menggunakan Sosma.

Tangkapan yang dibuat ke atas Yazid Sufaat, Hilmi Hasim dan Halimah Hussein, pada Februari lalu jelas dilakukan tanpa bukti yang mencukupi. Sehingga ke hari ini, pihak Polis masih mencari bukti bagi menyokong tangkapan tersebut.

Sekiranya diteladani daripada kes yang berlaku, maka dikhuatiri Polis akan menggunakan Sosma secara sewenang-wenangnya semasa Pilihanraya.

Mangsa yang ditangkap di bawah Sosma akan berdepan dengan proses undang-undang yang terlalu rumit bermula dengan ditahan selama 28 hari tanpa dibicarakan dan kemudian terpaksa mendekam didalam penjara sepanjang proses perbicaraan sekiranya dituduh di mahkamah.

Hal ini sekiranya berlaku akan mencemarkan proses pilihanraya di samping menafikan hak orang yang ditahan untuk terlibat dengan pilihanraya.

HARAKAH DAILY

Tiada ulasan: