Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 30 April 2013

Selamat Mengundi Wahai ANJING UMNO… Ucapan Pecacai PR Kepada Warga Polis



undianjing1
Anggota-anggota polis sentiasa dilihat dan dicop sebagai ANJING UMNO. Kematian mereka di medan perang dianggap sebagai SANDIWARA UMNO. Pengorbanan yang mereka lakukan dikatakan, sebagai memenuhi keinginan UMNO dan Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa.
Pendek kata, segala-gala yang dilakukan oleh anggota-anggota polis dan warga PDRM, sentiasa dicaci, dihina, disumpah seranah dan disumpah oleh Pakatan Rakyat.
Hari ini, warga PDRM menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan yang bakal diberikan mandat selama lima tahun lagi. Hari ini, seluruh warga PDRM terlibat dalam pembuangan undi pos.
Mungkin menyedari segala tindak-tanduk mereka terhadap PDRM selama ini amat keterlaluan, para pecacai Pakatan Rakyat tidak melihat mereka akan dapat sokongan daripada warga PDRM. Justeru, sesuatu yang mereka lakukan ialah menghantar mesej-mesej menghina kepada anggota-anggota polis yang mereka kenal.
Tujuannya tidak lain, hanyalah provokasi.
Apa perasaan anda sekiranya anda menerima satu SMS dari nombor yang tidak dikenali dan SMSnya berbunyi begini:
‘Kami penyokong PAS, PKR dan DAP mengucapkan selamat mengundi kepada anjing kerajaan dan keluarga. Undi haram dan rasuah kamu semua, kami tidak perlukan.’
Dan reaksi berikut daripada salah seorang warga PDRM yang telah menerima mesej berkenaan pagi tadi, menjelaskan kekecewaan KESEMUA ANGGOTA organisasi keselamatan itu.
undianjing2
‘Aku bukan orang UMNO apatah lagi orang PAS. Aku orang PKR? Sorry, gua lelaki TULIN. Aku orang DAP? Langkah mayat aku dulu! Rakan seperjuangan – sapa yang menggelarkan kita anjing kerajaan masa BERSIH sangat? Sapa yang berarak membawa mayat Kugan keliling bandar dan menjerit kita pembunuh? Sapa yang tampil ke hadapan dalam kes Aminurrasyid dan seterusnya menggerlar polis trigger happy? Pada saat kita meratapi perwira-perwira kita yang gugur di Lahad DAtu, siapa yang galak mempertikaikan SYAHID KAH MEREKA? Kita terima sahjaa gelaran yang mereka lemparkan kepada kita atas profesionalisme dengan senyuman. Hari ini tibalah masanya untuk kita menzahirkan kita bukan ANJING, bukan PEMBUNUH, bukan TRIGGER HAPPY dan wira kami di Lahad Datu malahan kami juga sanggup MATI untukmu MALAYSIA, walaupun syahid kami dipertikaikan. Allah lebih mengetahui… AMIN!’SUMBER SEL13[KLICK]DISINI

Tiada ulasan: