AJARAN SONGSANG !!!! JIKA MEMILIH JALAN YANG DIMURKAI ALLAH S.W.T
1. Beberapa blog hari ini memetik kenyataan Khalid Ismath, Pengerusi Kumpulan Aktivisis Mahasiswa Indipenden (KAMI) yang menyokong pengamal LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) menjadi Perdana Menteri.
2. Minggu lepas, Khalid Ismath yang pernah mengaku secara terbuka sebagai penganut Syiah (Syiah bukan mazhab tetapi satu bentuk fahaman baru yang bertentangan sama sekali dengan Islam), turut mencetuskan polemik apabila menyifatkan pluralisme (baca: akidah) sebagai perkara yang sihat.
Khalid Ismath juga menyerlahkan kejahilannya terhadap konsep akidah Islamiah apabila mendoakan Hugo Chavez mendapat rahmat Allah (rahmatullah) meskipun menyedari pemimpin Venezuela itu bukan penganut Islam ketika meninggal dunia pada minggu lepas.
3. Apa yang mengejutkan dalam kenyataan-kenyataan Khalid Ismath ini? Pada SB, tidak ada apa-apa yang aneh pun. Khalid hanya menyerlahkan belang sebenarnya sebagai penganut tegar Syiah dan pada masa yang cuba mengecat semula imej busuk boss besarnya yang diketahui menyokong kelompok LGBT di negara ini.
4. Pun tentu, kenyataan menagih publisiti murahan oleh Khalid Ismath itu seolah-olah bertujuan mengocak semula episod pengakuan Azlan Lazim, bapa mangsa liwat Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari yang mendakwa Liwat 2 membabitkan anaknya itu sebagai konspirasi pihak tidak bertanggungjawab (baca:UMNO).
5. Usaha terdesak PKR mengheret Azlan Lazim itu sebenarnya tidak membekas sebarang kesan, malah gagal menarik perhatian massa lantaran insiden pencerobohan di Lahad Datu yang masih hangat dibicarakan. Maka pada kesempatan inilah, Khalid Ismath cuba mencetuskan polemik baru melalui kenyataan tersebut.
6. Namun begitu, umat Islam yang cintakan kebenaran dan menyayangi Rasulullah SAW tidak boleh mengambil mudah sebarang kenyataan oleh pemuda Syiah ini. Golongan ini bukan sahaja licik menyirat fahaman Syiah yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar, malah turut mencampur-adukkan dengan pelbagai unsur fahaman lain seperti sosialisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam kempen freedom, justice and equality.
7. Sebagai individu yang memantau rapat perkembangan gerakan Syiah dan ideologi sosialisme serta pluralisme di negara ini, SB percaya satu ancaman besar terhadap akidah bakal melanda masa depan generasi kita kelak.
8. Gerakan-gerakan ini perlu sentiasa ditentang kerana mereka bergerak sangat aktif di segenap sudut dan penjuru negara, bahkan telah pun menyerap masuk ke dalam haraki politik berteraskan Islam di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan