Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 15 September 2012

Menjawab Isu Abby Abadi Lebih 3 kali, tidak boleh jadi Wali – Ustaz Fathul mohon Dalil & Nas




tiga kali pakai seluar pendek tidak boleh menjadi wali dakwa abby abadi “Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat bagi wanita yang sudah akil baligh ”baca seterusnya untuk jawapan Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU)
Abby juga mandakwa bahawasanya“Begitu juga dengan lelaki. Kalau tiga kali je dia dah langgar hukum.Contoh macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah. Benda macam tu nampak kecil tapi sebenarnya dia punya kesan tu besar
Demikian antara kata-kata Abby  sewaktu beliau menyampaikan ceramah di Rumah Terbuka Eidil Fitri di Ampangan, Negeri Sembilan baru baru ini yang turut dihadiri salah seorang crew sebuah portal hiburan yang semata mata mahu mendengar isi kandungan ceramahnya. Selain itu menerusi ceramahnya juga, sekali lagi Abby menegaskan yang Malaysia sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Pandangan ini dibuat kerana menurutnya keadaan dari Segi Agama dan Ekonomi negara Malaysia ini sangat membimbangkan dakwa Abby lagi.
Abby turut menjawab tentang isu yang sama dalam laman mikro sosial Twitter beliau sebagai menjawab pertanyaan dari peminatnya kita lihat apakah jawapan dari Abby ni.
Abby juga membuat pengakuan menerusi ceramah itu yang dia pernah menyebut  kepada pihak-pihak tertentu dengan perkataan ‘bodoh’
Ada2 jer Abby ni maklum la sekarang dah jadi Ustazah kiiikiikii menjawab persoalan itu kita bersama Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta Abby Abadi yang mendakwa bahawa lelaki memakai seluar pendek atas kepala lutut lebih tiga kali tidak boleh menjadi wali supaya mengemukakan dalil dan nas bagi menyokong hukum yang dikeluarkannya itu.
Pengerusinya, Ustaz Fathul Bari ketika dihubungi wartawan berkata, bukti dari sumber yang kukuh diperlukan agar kenyataan tidak boleh menjadi Wali itu terbuksi benar dan tidak tergelincir dari fahaman sebenar.
Menurutnya lagi, ia bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum sesat kepada individu-individu tertentu.
“Wali sebenarnya bukan dipetik oleh manusia tetapi ia adalah pilihan Allah S.W.T. Ciri-ciri Wali ada disebut dalam Al-Quran iaitu mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.
“Demikian, beliau harus bertanggungjawab tunjukkan dalil dan nas Al-Quran yang menyatakan kenyataan itu (lelaki berseluar pendek lebih 3 kali) tidak boleh menjadi wali, adalah memang bukan rekaan”
Menurut  Ustaz Fathul, seseorang lelaki yang memakai seluar pendek itu sememangnya mendapat dosa kerana mendedahkan sebahagian auratnya.

Tiada ulasan: