Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 4 September 2012

MENJAWAB FITNAH PENGIKUT ANU... WAR...ISU BENDERA

AGAK2 SIAPALAH YANG AJAR DIAORANG NI MENIPU ERKK...KIIIKIIIKII DAH TERANG2 DIA ORANG YANG KIBAR BENDERA DAN BYK BUKTI YANG KITA ADA LAGI NAK SALAHKAN ORANG LAIN DARI PERBUATAN TERKUTUK MEREKA HAAAHAAAAAA......

Diharap mereka yang cuba menukar jalur gemilang dan individu yang memijak pemimpin kesayangan kita ini mendapat pengajran yang setimpal atas perbuatan khianat pada jalur gemilang...
Segala usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-benar memakan diri parti pakatan rakyat kerana terbukti dari pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor, Najwan Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, terburai dan diketahui umum.


Najwan ingin mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa  yang didakwanya dicipta seawal tahun 2007. Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei satu masa dulu.


Pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai nama Parti Keadila

n Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-satunya parti berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini.

Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People’s Socialist Front) yang berhaluan kiri.
 

Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi menentang Jepun. Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.
PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.

Pada 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.
PKMM kemudiannya, menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai gabungan kumpulan sosialis Malaya. Gabungan ini bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Dalam usaha Pakatan Rakyat merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM


Jadi bagi saya tak payah lah nak nafikan apa yang dah korang rancang tu puak pakatan nya,lama2 orang akan meluat tengok kebiadapan yang terang2 yg pakatan buat pada hari ni semoga rakyat pandai menilai bagaimana ketaksupan Pemimpin pakatan yang tak sepakatan ni cuba menjahanamkan Negara Malaysia tercinta 

Tiada ulasan: