Sesungguhnya Islam asalnya mewajibkan umatnya bersatu sesama islam dan menunjukkan tauladan yg mulia pada golongan bukan islam, mengharamkan segala bentuk perpecahan. Setiap orang Islam diwajibkan mengikut ajaran Islam yang betul iaitu Islam yang asal sebagaimana diwahyukan ke atas Rasulullah s.a.w. Inilah yg diamalkan oleh generasi awal Islam. Mereka ialah satu umat sehinggalah muncul golongan Khawarij yang mengkafirkan para sahabat. Kemudian muncul kelompok2 lain. Ekoran drpd itu muncul pula kelompok Rafidah, Qadariah, Muktazilah dan lain2.
Semua kelompok ini tidak mengikuti jejak para sahabat r.a dalam memahami al-Qur'an dan Sunnah. Begitulah, seterusnya umat Islam berpecah dan masing2 mengkafirkan antara satu sama lain, mereka telah bermusuhan setelah mereka bersaudara sebelum ini. Dalam hal ini kata Ibn Rajab :
" Ramai drpd kala
ngan umat Islam yang telah menyimpang drpd Islam yg betul sebagaimana ajaran Nabi s.a.w dan para sahabat yg begitu ramai berpegang teguh dgn ajaran asli ini pada zaman awal Islam dahulu "
Pemimpin umat Islam bersungguh2 mengingatkan ancaman puak2 ini melebihi ancaman perbuatan yg fahsya' (keji & maksiat), yg mana mereka berpendapat kemudharatan puak2 ini begitu bahaya dan ajaran mereka tidak ada hubungan sama sekali dgn Islam. Kesan2 buruk ini menimpa umat Islam pada zaman2 yg berikutnya dimana byk ajaran Islam yg betul dan asli telah ditinggalkan. Oleh itu syariat Islam mula diresapi dan bercampur-aduk dgn ajaran lain lalu ia ditimpa pergolakkan dan gegaran yg amat dahsyat, datang dari dalam dan luar sehingga akhirnya melemahkan umat Islam. Oleh itu runtuhlah negara Islam, hasil dan khazanah dirampas.
Firman Allah swt yang bermaksud :
" Dan berpegang teguhlah kamu dgn tali Allah (agama) dan janganlah kamu berpecah-belah "
( Surah Ali 'Imran : 103 )
Sama2 lah kita berdoa supaya kita dapat bersatu demi memakmurkan Malaysia supaya Islam dipandang mulia dimata dunia...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan