Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 20 April 2017

PANAS !!! KENAPA ZAIRIL KHIR JOHARI ENGGAN LAPOR POLIS ISU GAMBAR BERCOMOLOT DI BONGKAR ??

Print  Email Details Published on Thursday, 20 April 2017

Ahli Parlimen Bukit Bendera (DAP) Zairil Khir Johari menafikan dirinya lelaki didalam gambar berhubungan intim dengan seorang wanita disebuah restoran mewah yang menjadi viral baru-baru ini.

"Tidak, itu bukan saya. Jelas ia adalah cubaan untuk mengaitkan diri saya dengan serangan peribadi. Ianya palsu dan itu sahaja yang saya mahu katakan sekarang," katanya dipetik Malay Mail Online.

Zairil yang sudah berkahwin sebelum ini dikaitkan dengan empat keping gambar yang tersebar di internet dikatakan berhubungan intim dengan seorang wanita didakwa calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Dyana yang merupakan ahli Jawatankuasa Ekseskutif Pemuda DAP menerusi satu kenyataan tidak mengesahkan dirinya merupakan wanita didalam gambar tersebut walaubagaimanapun beliau juga tidak menafikannya.

Pembantu Khas kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang itu cuma menganggap penyebaran gambar tersebut sekadar serangan peribadi dan pencerobohan hak privasi individu didalam gambar berkenaan.

BACA: Aksi Intim Viral: Dyana Sofya Tak Nafi, Sekadar Dakwa Serangan Politik Kotor

"Saya sedih budaya politik kita telah melangkau sehingga tahap ini. Saya tiada masa untuk melayan serangan ini ataupun menyimpan dendam," ujarnya dipetik kenyataan.

Empat keping foto sepasang kekasih bermesra dengan intim mirip Zairil dan Dyana mula tersebar di laman sosial sejak kelmarin.

Foto berkenaan memaparkan kedua-dua individu itu duduk di sebuah restoran sambil berpelukan sementara wanita berkenaan minum dari gelas wain.

Terdapat juga adegan dimana pasangan berkenaan bercumbu sambil berpelukan mesra.

Penganalisis politik Lim Sian See (LSS) yang turut memuatnaik empat foto berkenaan di laman sosial Facebook menggesa Zairil dan Dyana segera membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaan hubungan intim mereka adalah fitnah.

"Sebenarnya, Zairil dan Dyana patut saman saya dan mereka yang lain kerana memuatnaik gambar-gambar berkenaan dan kemudian buat laporan polis.

"Biar polis buat siasatan," kata LSS.

Turut menggesa pasangan berkenaan membuat laporan polis adalah bekas pemimpin DAP Pulau Pinang, Shamsher Singh Thind yang melepaskan jawatan selepas dihalang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jadi Zairil, sekali lagi gambar berkenaan adalah palsu? Sudah buat laporan polis ke?" soal Shamsher.

Kenyataan bekas pemimpin DAP itu merujuk kepada kenyataan Zairil sebelum ini yang menafikan penyebaran foto intimnya bersama Dyana pada 2014.

Lantaran itu. LSS berkata ia menjadi sebab tambahan kepada Zairil dan Dyana untuk membuat laporan kepada polis untuk menyiasat kesahihan foto berkenaan telah disunting atau tidak.

"Pihak polis boleh melakukan forensik imej digital bagi menentikan samaada ianya palsu atau tidak.

"Tetapi jika polis mendapati ianya sah maka mereka (Zairil dan Dyana) akan didapati bersalah kerana membuat laporan palsu yang boleh disiasat dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman (sekiranya bersalah) penjara tidak melebihi enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya," jelasnya.

Jelasnya, sebagai jalan alternatif, Zairil dan Dyana kedua-duanya boleh membuat akuan bersumpah menafikan individu didalam gambar berkenaan bukan diri mereka.

"Tetapi hukuman dibawah Seksyen 198 Kanun Keseksaan kerana membuat akuan bersumpah palsu adalah lebih berat dan hukumannya adalah penjara tidak lebih dari tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," tambah LSS.

Kelopak Elitis Kuasai PPBM, Macai & Kuli Diterajang Keluar

Pada 9 Ogos 2016, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin selepas mendaftarkan parti serpihan itu dilaporkan  berkata -

“Matlamat kami adalah kerajaan berintegriti yang bersih dan telus. Tujuannya mewujudkan Malaysia yang adil.”

Itu hanya sekadar kata-kata indah selepas pihak mereka baru sahaja menerima kelulusan ROS. Namun selepas 8 bulan berikutnya, kita sendiri dapat saksikan sedikit demi sedikit dan secara berperingkat para pengasas parti itu mula meninggalkan 'Bunga Raya' berkenaan. Integriti hanya tinggal slogan sahajalah.

Bermula di Baling, kemudian di Rembau, menular ke Pendang, bergolak di Kerteh, bergasak di Pandan dan semalam di Teluk Kemang. Satu persatu kelopak macai dan kuli yang ada dalam parti bunga mulai protes.

Mereka merasakan elitis menguasai parti bunga. Menerajang dan menyepak mereka ke tepi bila agihan jawatan mula dibuat. Hanya elitis yang rapat dengan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz (3M) sahaja layak dikawan.

Mana tidaknya, geng bawahan merasakan ianya bagaikan "di luar bagai madu, di dalam bagai empedu". Kewujudan PPBM hanyalah sekadar mahu menjulang satu agenda peribadi semata-mata iaitu mengangkat Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri (agenda utama Mahathir Mohamad).

Manakala elitis yang lain pula memasang agenda untuk merebut jawatan yang mereka tidak kesampaian peroleh semasa dalam Umno dahulu.

Sebab itulah realiti yang berlaku dalam PPBM amat tidak mencerminkan apa yang mereka cuba perjuangkan dan yang mereka cuba canang kepada rakyat. PPBM sekadar sebuah platform untuk memberi tempat kepada golongan elitis untuk berkuasa sahaja.

Lihat sendiri bagaimana para elitis dan geng "penghisap 3M" sahaja yang boleh memegang jawatan tinggi tidak kira di peringkat mana sekali pun. Bagi macai yang kononnya mahu berjuang ini bagaimana?

Mereka sekadar jadi macai sahajalah. Jawatan apa pun tidak layak kepada mereka. Macai sampai ke tualah. Telan air liur sahajalah mereka. Hirup kuah sahajalah. Geng elitis kenyang makan daging dan isi.

Akhirnya kita dapat lihat golongan bertaraf 'macai' dan kuli yang tidak mahu iktiraf golongan elitis ini sedikit demi sedikit akan diterajang keluar secara halus dari parti. Bagi 'macai' dan kuli yang menyokong pula akan dipergunakan bulat-bulat agar agenda peribadi Mahathir tercapai.

Semalam "cikgu Kamarul" sudah keluar dari parti bunga. Semalam juga dia diserang kononnya isterinya diugut dan sebagainya. Itulah sahaja yang geng elitis boleh tuduh bila sepak keluar Cikgu Kamarul.

Hanya kelopak elitis kekal dalam bunga. Lain lain kelopak yang bertaraf macai, orang bawahan dan kuli perlahan lahan akan diterajang keluar dari parti bunga.

Mahathir tidak peduli pun apa hendak jadi pada mereka. Mahathir hanya kisah satu benda sahaja, iaitu jadikan anaknya sebagai PM.

Untuk capai matlamat itu Mahathir sudah sanggup kawan dengan DAP dan sanggup kawan dengan peliwat bernama Anwar. Apalah sangat kalau hanya macai dan kuli yang keluar parti. Mahathir tidak pandang pun, Mahathir hanya buka mata pada elitis sahaja.

Tulisan :
Beruang Biru
BB394, Khamis
20 April 2017

Isnin, 17 April 2017

Terdesak mahu menang Pru14 campur tangan kuasa luar di pohon ?

Melalui kaedah demonstrasi, kuasa asing menggunakan rakyat sesebuah negara itu untuk me­runtuhkan kerajaan sedia ada dan ini lah agenda jahat puak yang tamakan kuasa, secara tidak langsung jika kita teliti perlakuan serta tindak tanduk mereka selari kearah politik mengarut

Untuk menjayakannya kuasa asing terbabit akan menyalurkan dana kepada kumpulan atau penganjur yang mengatur demonstrasi sama ada terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti pembangkang atau individu tertentu secara sulit. Modus operandi ini telah pun dilaksanakan dalam peristiwa ‘Arab Spring’ yang bermula di Tunisia pada Oktober 2010, diikuti demonstrasi rakyat yang berlaku di Mesir, Yemen, Syria dan Libya.

Kaedah demonstrasi jalanan terbukti berjaya meruntuhkan kerajaan yang dipilih rakyat. Pelbagai alasan digunakan oleh penganjur demonstrasi jalanan se­perti kononnya kerajaan sedia ada tidak demokratik dan penuh dengan penyelewengan.

Tuduhan-tuduhan itu berpunca daripada termakan dakwah kuasa besar melalui laporan-laporan antarabangsa kononnya sesebuah negara itu telah mencabuli hak asasi manusia ­sedangkan pencabulan hak itu tidaklah seteruk mana berbanding dengan kuasa besar yang membuat tuduhan itu.

Peristiwa ‘Arab Spring’ yang berlaku di beberapa negara Arab yang telah menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat melalui demonstrasi jalanan telah membawa kepada neokolonialisme akibat campur tangan asing.

Inilah yang berlaku di Tunisia, Mesir, Yemen, Syria dan Libya kesan daripada demonstrasi jalanan beberapa tahun lalu. Tidak sedikit nyawa yang terkorban dan kemusnahan harta benda dalam rusuhan ganas di jalan raya.

Sebelum sebuah kerajaan itu dijatuhkan secara tidak sah, pihak yang menentang membuat propa­ganda berbau fitnah serta menghasut perpecahan nasional bagi tujuan melemahkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sedia ada.

Malangnya, setelah jatuhnya kerajaan sedia ada, peluang kuasa asing untuk mencatur politik negara terbabit terbuka luas. Demokrasi baharu yang diperjuangkan oleh golongan yang menentang kerajaan tidak juga dikecapi dan konflik kepimpinan terus berlaku sehingga ke hari ini.

Hakikatnya, demonstrasi ha­ram akan membuka pintu kepada negara asing untuk menjayakan agenda mereka. Pemimpin yang dipilih sekadar boneka yang boleh dikawal umpama remote control oleh tangan-tangan ghaib. Yang nyata berlaku adalah neokolonialisme oleh kuasa asing.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka wajib menolak politik cara tidak sihat ini jangan sesekali gadai kemerdekaan yang kita ada hari ini pada sesiapa yang bermain politik kotor seperti ini tolak Pakatan Harapan kuburkan Pakatan pada Pru14 nanti

P/s admin @pm ..kita Rakyat Malaysia yang cintakan Negara jangan terpedaya dengan puak Pakatan Pembangkang yang gilakan kuasa ini masa depan anak cucu kita ada di tangan anda buat lah pilihan yang bijak pada Pru14 nanti

Selasa, 4 April 2017

Rafizi hilang Ingatan gara gara namanya juga terbabit dalam isu SPLASH?

Dari isu 1MDB, Derma Politik RM2.6 bilion, pengambilalihan Eagle High oleh FELDA bernilai RM2.1 bilion, kebankrapan Tabung Haji, kebankrapan Tabung Angkatan Tentera dan sebagainya, Rafizi Ramli tahu segala-galanya. Malahan dia langsung tidak takut dan tidak serik walaupun akhirnya dia mengaku, dia 'hanya bergurau' bagi fitnah-fitnah yang dibuatnya, di mahkamah apabila disoal.

Dalam isu SPLASH, Rafizi Ramli kata, dia tidak tahu menahu.


Alasannya sangat mudah, selepas Azmin Ali mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Abdul Khalid Ibrahim, dia tidak lagi terlibat secara langsung dalam urusan pembelian syarikat konsesi itu.

Habis tu, isu-isu yang dibangkitkannya selama ini dan dia cuba menjadi juara, dia terlibat secara langsung ke?

Hari ini GERAKAN Selangor membuat laporan kepada SPRM dan seperti biasa, untuk berlagak macho, Rafizi mengalu-alukan laporan tersebut. Bagaimanapun, katanya, pihaknya perlu terlebih dahulu menyemak kembali fakta mengenali pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).

Menurutnya lagi, dia tidak tahu apa nilai yang telah dipersetujui tetapi secara jelas RM200 juta adalah nilai yang ditawarkan oleh pentadbiran sebelum itu (Khalid Ibrahim).

GERAKAN Selangor menggesa SPRM menyiasat Rafizi Ramli kerana mungkin terlibat dengan rundingan pengambilalihan aset air Selangor sehingga wujud konflik kepentingan. Pengerusinya, David Ang Chin Tat berkata, Selangor telah meluluskan RM2.7 bilion untuk pengambilalihan ekuiti SPLASH iaitu 11 kali ganda lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh Khalid Ibrahim. 

Jambatan Ketiga : Rakyat P.Pinang Sudah Jemu Dengan Drama ‘Dramatic Actions Politicians’ Dap

Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar berkata, Kerajaan Dap Pulau Pinang harus memberi keputusan muktamad sama ada mereka mahu membina jambatan ketiga yang kos pembinaannya lebih rendah dari kos pembinaan terowong dasar laut atau meneruskan dengan cadangan asal untuk membina terowong dasar laut itu.

Jelas beliau, kerajaan negeri tidak perlu terus berdrama dan berbolak-balik dengan memberi pelbagai alasan berhubung kelewatan perlaksanaan projek tersebut.

“Jika kerajaan negeri serius dan benar-benar mahu membina jambatan ketiga dan menjadikannya satu laluan bebas tol, mereka seharusnya menghantar segala dokumentasi yang menyokong cadangan itu termasuk kajian kebolehlaksanaan projek yang yang dikatakan telah 83 peratus siap kepada Kementerian Kerja Raya untuk dipertimbangkan bagi membolehkan persetujuan secara dasar diberi.

“Sekiranya kerajaan negeri gagal untuk mengemukakan segala dokumentasi yang diperlukan dan kajian kebolehlaksanaan jambatan yang dicadangkan itu, maka kesalahan atau kegagalan adalah jelas di pihak Kerajaan Dap Pulau Pinang. Tolonglah… rakyat Pulau Pinang sudah jemu dengan drama oleh ‘Dramatic Actions Politicians’ dari Dap,” katanya.

Tambah Azizi, justeru persoalan utama yang perlu dijawab oleh Kerajaan Dap Pulau Pinang ialah adakah wujud keperluan mendesak untuk membina laluan hubungan ke empat antara Tanah Besar dan Bahagian Pulau sedangkan Jambatan kedua yang baru siap dibina masih di bawah kapasiti lagi pula sudah ada tiga hubungan antara pulau dan Tanah Besar.

“Sudahkah kerajaan negeri memuktamadkan di mana ‘landing’ atau jalan tuju ke jambatan tersebut di Bagan Ajam? Apakah ia akan terletak di kawasan yang sedang dalam perancangan untuk ditambak laut di persisir Bagan Ajam? Apakah jambatan ketiga ini akan disambungkan ke Projek Lingkaran Luar Butterworth (BORR)? Apakah kesannya kepada penduduk-penduduk di Bagan Ajam terutamanya penghuni flat kos rendah Taman Tun Dr Awang?

“Ini adalah sebahagian isu-isu yang perlu ditangani terlebih dahulu oleh kerajaan negeri sebelum mencadangkan jambatan ketiga atau hubungan ke empat di antara Tanah Besar dan Bahagian Pulau,” katanya lagi.

Baru-baru ini Kementerian Kerja Raya menawarkan untuk membantu kerajaan negeri Pulau Pinang, yang gagal mengemukakan kertas kerja yang diperlukan untuk projek Jambatan Pulau Pinang yang ketiga.

Ini kerana, sehingga hari ini kerajaan negeri Pulau Pinang masih gagal menyerahkan kertas kerja dan segala dokumen yang diperlukan untuk penilaian pihak kementerian.