Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 29 November 2013

Selepas Selangor, Pulau Pinang negeri kedua Pakatan naikkan gaji Adun

sekali lagi mereka melakukan tindakan bijak dengan menambah duit poket masing masing dikala negara dalam keadaan getir gara gara kos sara hidup yang meningkat gara gara kebijaksanaan Pakatan Menipu serta mencuri duit RAKYAT DENGAN CARA MENAIKKAN GAJI MEREKA SENDIRI
KUALA LUMPUR- Pulau Pinang dijangka mengikut jejak langkah Selangor memberi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan exco kerajaan negeri kenaikan gaji melebihi 80% meskipun kenaikan itu tidak setinggi yang diumumkan kerajaan Selangor Rabu lalu.
Dijangkakan kenaikan gaji itu akan diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar) di penghujung mesyuarat DUN pada 17 Disember.
Jika pindaan diluluskan, gaji semua 40 Adun akan dinaikkan kepada RM6,000 berbanding sekarang RM4,112.79.
Mereka juga akan menikmati elaun yang lebih tinggi daripada RM2,000 kepada RM5,500 termasuk elaun khas RM1,500, elaun pemandu RM1,500, pengangkutan dan lain-lain RM1,000 serta elaun perumahan RM500.
Kenaikan itu bermakna Adun akan menikmati gaji kasar RM11,500 sebulan yang merupakan kenaikan 88.13%.
Kertas cadangan kenaikan gaji itu telah pun diletakkan di atas meja semua Adun Pulau Pinang.
Sebelum ini, Adun Selangor dilaporkan akan menikmati gaji RM11,250 (87% kenaikan) sementara exco mendapat gaji baru RM20,250 (231%) bermula Januari tahun depan.
Menteri Besar pula mendapat kenaikan gaji 106.4% daripada RM14,175 kepada RM29,250 sementara Speaker dibayar RM22,500 (268% kenaikan) dan Timbalan Speaker RM15,750 (373%). 

Rayuan Tian Chua ketepi tuduhan Memfitnah serta menghasut ditolak lagi

KUALA LUMPUR- Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang (gambar) atau lebih dikenali sebagai Tian Chua untuk mengenepikan pertuduhan ke atas kenyataannya mengaitkan kerajaan dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Tiga panel hakim yang diketuai Tan Sri Md Raus Sharif mengenepikan permohonan tersebut tanpa memberikan sebarang alasan.
Dua panel hakim yang turut hadir semasa perbicaraan ialah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Lim Yee Lan.
Dalam perbicaraan kira-kira 45 minit itu, panel hakim memberikan peluang kepada peguambela dan pendakwa raya untuk membentangkan hujah masing-masing.
Tian Chua menerusi peguam Amer Hamzah Arshad dan Eric Paulsen berhujah, kes itu adalah pendakwaan terpilih kerana beliau seorang ahli parti pembangkang.
Pasukan pendakwa yang diketuai Yusaini Amer Abdul Karim bagaimanapun menolak dakwaan itu dan berkata Peguam Negara mempunyai budi bicara untuk mendakwa sesiapa berdasarkan keterangan yang diberikan.
Di luar mahkamah, Amer Hamzah berkata, mereka akan berbincang mengenai tindakan selanjutnya sama ada membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan atau tidak.
Tian Chua, 50, membuat rayuan kali pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi ditolak pada 23 September oleh Hakim Amelia Tee Hong Geok yang dalam keputusannya berkata, permohonan Tian Chua tiada merit.
Naib Presiden PKR itu pada 12 April lalu didakwa membuat kenyataan bahawa tembakan di Lahad Datu adalah konspirasi yang dirancang oleh Umno untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
Laman portal berita melaporkan Tian Chua berkata ia merupakan “drama” oleh kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalihkan perhatian mereka di Sabah, terutama mengalih perhatian terhadap RCI pendatang asing yang berlangsung di Sabah ketika itu.
Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di Fraser Business Park pada 1 Mac, kira-kira jam 11 pagi.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama, membawa hukuman denda RM5, 000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya untuk pesalah pertama dan penjara lima tahun bagi kesalahan lain

Rabu, 27 November 2013

HUJAH MENOLAK CADANGAN ADUN DAP SELANGOR YANG MAHU PERUNTUKAN LEBIH UNTUK RUMAH IBADAT SELAIN MASJID DAN SURAU ?

Adun DAP Kampung Tunku, Lau Weng San meminta kerajaan negeri Selangor mempertimbangkan untuk memberi peruntukan lebih bagi rumah ibadat selain masjid dan surau di negeri Selangor.

Dalam perbahasan pagi tadi yang kebetulan sahabat PM berada disana mendakwa bahawasanya Adun DAP Kampung Tunku, Lau Weng San meminta kerajaan negeri Selangor mempertimbangkan untuk memberi peruntukan lebih bagi rumah ibadat selain masjid dan surau di negeri Selangor.


Beliau mendesak supaya Tan Sri Khalid Ibrahim memberi perhatian khusus dengan cadangan ini berikutan keadaan rumah ibadat samada tokong Buddha mahupun kuil Hindu di Selangor kelihatan uzur dan terlalu lama sehingga mencacatkan pemandangan negeri Selangor yang dikatakan maju.

Akibat daripada kebanyakan Adun bukan berbangsa Melayu tiada siapa yang berani membantah...

Perkara ini juga perlulah lebih adil kerana pemberian peruntukan bagi pembinaan dan baik pulih masjid dan surau orang Islam diberikan namun tiada sebarang peruntukan yang dikeluarkan dan dikhaskan kepada rumah ibadat bukan Islam yang lain.Walhal perkara ini telah termaktub dalam perlembagaan bahawasanya Agama islam adalah agama rasmi dan peruntukan untuk Masjid dan surau memang dikhaskan untuk kita dakwa Adun DAP itu lagi.

Disini Admin @PM hendak 
menegaskan bahawa umat Islam mempunyai keperluan tersendiri terhadap masjid dan surau kerana kewajipan umat Islam untuk menunaikan solat 5 kali sehari dan solat Jumaat secara berjamaah. Selain itu peruntukan besar kepada masjid dan surau diperolehi melalui konsep zakat yang wujud dalam Islam dan hak-hak yang jelas diperuntukan oleh perlembagaan. 

Kebanyakan surau juga dibina hasil daripada pungutan derma ahli-ahli kariah dan bukannya peruntukan kerajaan semata mata.

Dan PM nak tegaskan juga bahawa sebarang perubahan yang hendak dibuat perlu mengambil kira Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan lain berhubung dengan status Islam yang perlu diberi keutamaan. Namun demikian hal ini tidak menafikan hak dan keperluan masyarakat bukan Islam terhadap rumah-rumah ibadat.

Oleh yang demikian sebelum sebarang perubahan hendak dibuat terhadap peraturan dan undang-undang PBT haruslah dijalankan melalui kajian terperinci dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Dalam hal ini tidak menafikan hak-hak bukan Islam dan semangat toleransi antara kaum, namun sewajarnya sebarang tindakan tersebut perlu dilaksanakan dengan penuh berhikmah berasaskan semangat toleransi, prinsip-prinsip perlembagaan dan keadilan sosial tanpa menafikan hak-hak dan sensitiviti majoriti umat Islam di Malaysia.

NOH OMAR : Umno tidak boleh selesa dengan kelumpuhan PKR Sabah kerana PKR bijak menipu ?

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata '' Umno tidak boleh berada dalam zon selesa dengan kelumpuhan PKR Sabah kerana pemimpin parti pakatan pembangkang itu didakwa mempunyai kebijaksanaan menipu sekali gus memanipulasi pemikiran rakyat.


Beliau memberi contoh di Selangor, pakatan pembangkang masih menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) biarpun gagal menunaikan janji kepada rakyat Selangor dan perkara ini memang PM setuju sangat dengan saranan beliau kerana jika nak disenaraikan janji janji yang tak tertunai memang banyak sehinggakan perkara ini masuk mahkamah dan alasan menefestor bukan janji membuatkan mereka terlepas akan tetapi Rakyat tetap diperbodohkan dengan masih mengundi Pakatan Pembangkang.
Menurut Datuk Seri Noh Omar lagi “Kita tidak boleh menganggap bahawa mereka (PKR) sudah lemah. Contoh di Selangor walaupun hanya 34 peratus janji mereka yang ditunaikan, tetapi kerana kebijaksanaan mereka menipu rakyat dan mempengaruhi rakyat, akhirnya rakyat kembali percaya kepada mereka,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen Rabu.
Semalam, pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).
Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media semalam berkata situasi itu bererti bahawa PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya BN semakin utuh serta semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah.
Dengan memberi contoh isu 40,000 pengundi Bangladesh, Noh yang juga anggota Parlimen Tanjong Karang berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan begitu mudah menafikan pernah menuduh kerajaan membawa 40,000 pengundi Bangladesh pada PRU13 lepas setelah berjaya menipu rakyat.
“Jadi kita harap rakyat jangan percaya lagi dengan apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR kerana mereka mudah menafikan,” katanya.

PKR Roban lumpuh, 110 ahli sertai SPDP demi Bekerjasama dengan lebih dekat bersama BN

PKR SEMAKIN PARAH !!! TERKINI DI KUCING Melalui berita yang PM terima Operasi PKR cabang Roban di Saratok, Sarawak, lumpuh selepas pengerusi dan setiausahanya keluar parti dan membawa bersama-sama mereka 108 anggota 
Gani Eli, yang mempengerusikan cabang itu sejak 2011, mengetuai kumpulan yang keluar PKR itu untuk menyerahkan borang permohonan mereka kepada Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom di sini Rabu.
“PKR tidak ada hala tuju selepas pilihan raya (umum ke-13). (Kami telah dibiarkan) macam itu sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan borang permohohan mereka di ibu pejabat SPDP di sini.
Beliau berkata lebih banyak anggota dan penyokong PKR dari Roban dijangka mengikuti jejak mereka.
Sementara itu bekas Setiausaha PKR Roban Abang Mokhtar Abang Zulkifli berkata beliau menyedari parti pembangkang itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk meningkatkan kehidupan rakyat.
“PKR tidak boleh diharap untuk masa depan tetapi kami yakin SPDP boleh membawa pembangunan yang dapat memajukan rakyat,” kata Abang Mokhtar.
Sebaik saja menerima borang permohonan mereka, Mawan menyifatkan keputusan kumpulan itu untuk keluar PKR sebagai berita baik bagi Barisan Nasional.
“Mereka memilih untuk menyertai arus perdana dan mahu bekerjasama (dengan Barisan Nasional) dengan menyertai SPDP,” katanya.
Beliau berpendapat di sebalik beberapa cabaran yang melanda SPDP sejak beberapa tahun lepas, parti itu tidak pernah kehilangan daya penariknya dan masih berjaya membawa kemasukan anggota baharu.
“Kami tidak pernah mengutuk orang sebaliknya sentiasa bersedia untuk menghulurkan persahabatan dan merapatkan hubungan,” katanya.

Selasa, 26 November 2013

UMNO AKHIRNYA SAMAN MUSTAFA ALI BERSAMA BEBERAPA INDIVIDU BERKAITAN BERHUBUNG FITNAH MENGAITKAN UMNO DALAM VIDEO LUCAH YANG DIDAKWA MILIK MUSTAFA ALI

Tahniah buat Umno,itu lah ucapan pertama yang PM nak sampaikan buat para Pemimpin Umno yang berusaha menegakkan kebenaran terhadap tuduhan jahat para penyokong Pas selama ini Khususnya Mustafa ali.

Selama ini UMNO terlalu berlembut dan baik hati. Fitnah demi fitnah yang telah dilemparkan oleh PAS sekadar ditelan tanpa mengambil sebarang tindakan ke atas mereka.  Namun dalam kes fitnah yang telah dilemparkan oleh Datuk Mustafa Ali, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk menyaman fitnah terhadap Datuk Mustafa Ali, peguamnya dan lidah rasmi Pas, HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Pas terbabit.

Pihak-pihak yang terlibat dalam kes saman fitnah UMNO terhadap Datuk Mustafa Ali, peguamnya dan akhbar lidah rasmi Pas, HarakahDaily, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah  bersetuju untuk kes itu dipindahkan bagi proses mediasi ke arah penyelesaian saman tersebut.  Hakim telah  menetapkan 15 Januari 2014 bagi pengurusan kes untuk mengetahui status mediasi tersebut.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh selaku pegawai awam UMNO melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi telah bertindak menfailkan saman sebelum ini.  Tuntutan saman itu melibatkan lima artikel yang disiarkan setelah Mustafa didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah pada 13 April lalu apabila video lucah seorang lelaki menyerupainya tersebar di laman sesawang sejak 11 April lalu.

Mustafa sebagai  defendan pertama; peguam beliau, Asmuni Awi defendan kedua dan Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong defendan ketiga. Dalam writ saman tersebut, , kenyataan fitnah itu diucapkan oleh Mustafa bersama Asmuni dan telah diterbitkan oleh Zulkifli. Pihak plaintif mendakwa, Mustafa telah membuat kenyataan berunsur fitnah yang pertama ketika berucap dalam satu majlis di markas Pas Kampung Molek, Dungun, Terengganu pada 13 April lalu.

Pada tarikh yang sama, kenyataan tersebut disiarkan oleh www.malaysiakini.com melalui artikel bertajuk Mustafa nafi letak jawatan SUA Pas manakala HarakahDaily.net menyiarkan artikel bertajuk Mustafa ceramah di Dungun, dakwa UMNO terdesak. Artikel ketiga bertajuk, Peguam Mustafa dakwa ia fitnah UMNO bertarikh 12 April dan artikel keempat bertarikh 13 April bertajuk, GE13: Mustafa: I’m not the man in videoclip manakala artikel kelima bertajuk Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam – Mustafa.

Artikel fitnah tersebut antaranya membawa maksud kononnya UMNO yang sengaja merancang insiden berkaitan video lucah itu, UMNO menyebarkannya untuk kempen dan UMNO menjadi dalang di sebalik pembikinan video lucah tersebut. Oleh itu  Mustafa bertanggungjawab ke atas reputasi UMNO yang terjejas teruk dan pihak plaintif layak diberikan ganti rugi. Manakala  peguam bela dan peguam cara, Asmuni telah turun ke arena politik dan didakwa berniat jahat ketika membuat kenyataan tersebut. Dan dasar defendan ketiga jpula  berniat agar kata-kata fitnah itu diterbitkan.

UMNO   tidak mempunyai sebarang kaitan serta tidak terlibat sama sekali dengan amalan politik kotor seperti itu dan mahu mendapatkan keadilan. Mereka menuduh beberapa blog pro-Umno  telah memuatkan video melibatkan pemimpin itu dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel lapan hari sebelum penamaan calon.

Ironinya  wanita dalam video itu mengaku diupah PKR untuk memerangkap pemimpin itu – yang menurutnya orang paling lantang mendesak ke arah penyatuan PAS-Umno melalui kerajaan perpaduan. Tuduhan dilemparkan kepada UMNO kononnya dalam suasana tertekan maka video lucah dikeluarkan lagi oleh BN untuk menekan Pakatan Rakyat. Mereka juga menuduh UMNO menuding jari kepada PKR juga bertujuan melaga-lagakan kedua-dua rakan dalam Pakatan itu.

Kebenaran akan tetap terbongkar juga. UMNO bukan dalang yang menyebarkan video lucah tersebut. Rupa-rupanya rakan sebantal yang bertanggungjawab.  Barisan Nasional patut bertindak lebih agresif terhadap pertuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang demi mengajar mereka bahawa bukan semudah itu mereka boleh terlepas atas segala kejahatan yang mereka lakukan.

TERKINI : 11 pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti dan sokong BN

PKR di Sabah hampir lumpuh, sebaliknya BN semakin kuat dan utuh serta semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah,TAHNIAH PM ucapkan pada yang berani berubah kearah kebenaran dan meninggalkan khayalan yang di cipta Pembangkang.

Semakin hari semakin ramai adun dari PKR Sabah meninggalkan Parti,dan terbaru satu kenyataan dari Datuk Seri Najib Razak yang Pendekar petik  dari BH hari ini mengumumkan 11 pemimpin cabang PKR di Sabah keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka adalah pemimpin cabang Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Peluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna. 


Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata demikian dalam pertemuan khas dengan pimpinan PKR Sabah di Menara Dato' Onn, di sini, sebentar tadi.

USUL PEMBANGKANG DI TOLAK BERHUBUNG ISU INTIPAN NEGARA LUAR

Kerajaan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mengurus takbir Negara selama ini jadi tak perlulah kita risau tindakan yang diambil oleh Kerajaan dalam isu ini,seperti yang kita sedia maklum  difahamkan Kementerian Luar sedang mengemukakan nota bantahan dan memanggil Duta Besar AS dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk penjelasan lanjut dan kita tunggulah jawapan dari negara terbabit,bak kata pepatah menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus ,tepong tak berselerak.

Isu intipan Negara ,ini memang hangat di perkatakan oleh pentaksub Pembangkang termasuk pemimpin mereka sendiri, jadi PM rasa tak hairan langsung dengan perbuatan mereka ini yang sengaja membesar besarkan isu ini kerana sebenarnya bukannya menampakkan kebijaksanaan Pembangkang akan tetapi yang kelihatan kelemahan pembangkang dalam melaksanakan serta mentakbir Negara sekiranya diberikan peluang memerintah kelak


Sebelum kita hendak menghentam orang patutkah kita tidak meminta penjelasan dari orang yang hendak kita hentam itu?apa akan jadi jika perkara yang kita hentam itu sebenarnya hanya sebuah cerita kosong?mahu kah kita melihat Negara luar itu berdendam dengan kita kerana membuat teguran keras,bagi PM lah boleh kita membuat sebarang bantahan keras sekiranya kita dah bersemuka dan terima penjelasan dari pihak mereka dan sekiranya perkara ini sudah dibuktikan maka tindakan baru boleh diambil
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) bagi mengecam Amerika Syarikat (AS), Australia dan Singapura berhubung dakwaan pengintipan terhadap Malaysia yang boleh menjejaskan negara. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata usul itu ditolak kerana beliau difahamkan Kementerian Luar sedang mengemukakan nota bantahan dan memanggil Duta Besar AS dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk penjelasan lanjut.  
"Tindakan sudah dibuat, dengan itu perkara ini tidak perlu disegerakan, saya menolak usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1)," katanya selepas selesai sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini. 
Keputusan Pandikar Amin itu bagaimanapun sukar diterima beberapa anggota pembangkang dan meminta Yang Dipertua memberi penjelasan lanjut mengenai perkembangan terkini isu itu. 

"Nota bantahan diberikan dan kedutaan sudah berikan nota itu kepada kerajaan mereka dan apakah jawapan kerajaan mereka, kalau sekadar beri nota bantahan dan mereka terima tetapi pengintipan terus dilakukan, tiada permohonan maaf, itu mencabul kedaulatan negara kita," kata Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena). 

Tian Chua (PKR-Batu) turut bangkit dan meminta Pandikar Amin agar mempertimbangkan keputusan beliau kerana sekiranya ia tidak dibahaskan, Dewan dilihat sebagai gagal memberi desakan kepada negara-negara berkenaan. 

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula mahu pembangkang menerima keputusan Yang Dipertua kerana ia muktamad dan tidak perlu dirunding lagi. 
Perbalahan itu kemudian dileraikan apabila Pandikar Amin berkata walaupun beliau menolak usul itu, tidak bermakna ia tidak mustahak dan meminta supaya pihak kerajaan harus mengambil perhatian serius terhadap isu intipan itu. 

"Ahli Yang Berhormat harus sedar, bila saya buat keputusan, ia muktamad mengikut Peraturan Mesyuarat, bila saya benarkan usul itu dibaca di dalam majlis, lepas itu saya tolak, itu bermakna kerajaan harus ambil perhatian serius," katanya.
Kita sebagai Negara yang kecil perlulah bijak menangani perkara ini perkara utama yang patut kita fikirkan ialaah mencari kaedah serta cara agar maklumat kita tidak dapat di intip atau bocor pada negara luar dan meningkatkan keselamatan rahsia Kerajaan 

KERANA SATU LUBANG KUTUK KERAJAAN HAAHAAHAA

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat yang agak suram petang ini bertukar gamat seketika apabila Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menyelar pihak yang jarang berterima kasih dengan jalan raya yang dibina oleh kerajaan BN.
Menurutnya, kerajaan telah banyak membina jalan raya selama ini namun, rakyat hanya memandang kepada lubang-lubang kecil yang muncul pada jalan-jalan itu.
“Dari dahulu sampai sekarang 50 tahun dulu, jarang kita bercakap dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN.
“Begitu banyak jalan dilakukan, kita jarang ucap terima kasih. Sebab kita hanya bercakap 100 kilometer jalan cantik yang kita jalan, kita akan mengutuk jalan yang satu lubang yang kita lalui.
“Jadi saya harap kita kena praktikal, banyak sudah yang dilakukan kerajaan BN,” katanya dalam Dewan Rakyat petang tadi.
Kenyataan itu mendorong MP Shah Alam, Khalid Samad untuk bangun mencelah dan membantah.
“Menteri jangan membutakan mata, banyak negara lain bina jalan tapi tak ada tol.
“Berapa banyak negara lain bina lebuh raya tetapi tiada penswastaan.
“Cukai pendapatan kita, mana pergi semua itu?” tegas Khalid Samad.
Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya diam sepanjang pertengkaran kecil itu kemudiannya mengusik Khalid Samad apabila beliau duduk.
“Saya menanti-nanti satu hari nanti Shah Alam (Khalid Samad) jadi menteri kerja raya, tengok macam mana dia hendak menjawab,” usik Pandikar Amin.
Usikan tersebut mendorong G Manivanan (PKR-Kapar) untuk bangun dan mengaminkan usikan tersebut.
“Amin, amin,” kata Manivanan sambil Khalid Samad tersenyum-senyum dengan kenyataan itu.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan Stephen Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan) dan Datuk Wilfred Madius Tangau (BN-Tuaran) tentang status Lebuh Raya Pan Borneo di dua negeri itu.
Beliau sebelum itu menyebut tentang hasrat kerajaan untuk mencari pelabur yang sanggup melabur untuk membina lebuh raya bertol di negeri-negeri itu.

Sabtu, 23 November 2013

KEBIJAKSANAAN DALAM BERHUJAH

....apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil....  

Soalan Pertama
“Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”


Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab :
“Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak”

Soalan Kedua
“ Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :
“ Allah taala itu wujud sebelum adanya zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya , mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya”

Soalan Ketiga
“ Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"

Al-Imam Abu Hanifah menjawab :
“ Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab :
“ Tentu sekali kami pandai mengira”

Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya:
“Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor 4?”

Mereka menjawab : “ Nombor 3”
Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”

Mereka menjawab : “Nombor 2”
Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”

Mereka menjawab : “Nombor 1”
Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”

Mereka menjawab : “Tiada”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan :
“Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada Nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Persoalan diteruskan.

Soalan Keempat
“Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Al-Imam Abu Hanifah : “ Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Mereka menjawab : “ Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah”

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “ Jika cahaya yang diciptakannya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan . Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
“Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"

Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.
Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Mereka menjawab : “ Tentu sekali”

Al-Imam meneruskan : “ Bilamana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Mereka menjawab : “ Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Al-Imam meneruskan : “ Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Mereka tertawa lalu memberikan jawapan: “ Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu : “ Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya”

Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya: “ Jika makhluknya seperti ruh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam
“ Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka : “ Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"

Mereka menjawab : “ Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata : “ Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya , masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini”

Soalan Ketujuh
“ Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab : “ Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya : “ Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu”

Soalan Kelapan
“ Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal”

Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab : “ Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.

Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada  Imam bila mana mereka telah mati kutu(ketandusan hujah) dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka al-Imam menjawab dengan tenang.

“ Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah.Jawapan hanya boleh diberikan bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu”

Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bilamana al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab : “ Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah).


HASIL KONGSIAN DARI-JAKSASEJAGATBLOGSPOT UNTUK RENUNGAN SAHABAT...SEKIAN....

Selangor cadang naikkan gaji dan elaun adun, kata Abdul Khalid

Selangor cadang naikkan gaji dan elaun adun, kata Abdul Khalid tapi sedar tak kita yang mereka ni meniru Kedah..penyokong PR ber iya iya bising bila di kedah elaun di naik kan bila diselangor jangan diam pulak kerana seperti yang mereka kata tu bukan duit mak bapak Kerajaan dan ni den nak cakap ni pun bukan duit mak bapak kerajaan Negeri...jugak erk....

SHAH ALAM - Satu kertas kerja untuk menaikkan gaji dan elaun bulanan bagi kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).
Beliau berkata cadangan itu dikemukakan dalam mesyuarat mingguan Exco hari ini untuk dibincangkan sebelum dibawa ke peringkat sidang DUN untuk kelulusan pada Isnin atau pun Selasa depan.
“Jika cadangan ini dipersetujui semua pihak, gaji dan elaun baru Adun Selangor akan mula berkuat kuasa 1 Januari tahun depan,” katanya kepada pemberita, selepas menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada sidang DUN hari ini.
Beliau berkata kenaikan gaji dan elaun ini adalah sebagai insentif dan dorongan kepada anggota dewan untuk bekerja lebih kuat berikutan bebanan kerja tinggi yang terpaksa ditanggung mereka.
Abdul Khalid berkata pihaknya akan menjadikan kenaikan gaji Adun Sarawak sebagai penanda aras dalam merangka gaji dan elaun baru Adun Selangor.
DUN Sarawak pada 23 Mei lepas meluluskan rang undang-undang untuk menaikkan gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan Adun sebanyak kira-kira tiga kali ganda.
Sementara itu, Adun Permatang dari Barisan Nasional Sulaiman Razak ketika ditemui pemberita berkata bayaran gaji yang diterima oleh Adun negeri Selangor adalah sekitar RM6,000.
“Jika gaji ini dicampur dengan elaun, Adun Pakatan Rakyat akan memperoleh kira-kira RM12,500, manakala Adun Barisan Nasional kira-kira RM11,500. Perbezaanantara Adun Pakatan Rakyat dan BN ini adalah RM1,000,” katanya.
Persidangan bersambung Isnin.

Jumaat, 22 November 2013

HINA LAH MAKSIAT DAN JANGAN HINA SIPELAKU MAKSIAT ?

Renungan selepas subuh..buat sahabat sahabat PM semua.. Walaupun dosa yang pernah dilakukan semasa mudanya. Kenapakan kita suka sangat mendedahkan aib orang lain walaupun kita mengetahui mendedahkan aib adalah satu dosa besar yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Mungkin orang yang memiliki aib itu telah bertaubat kepada Allah SWT tetapi kita masih seronok mengaibkannya ada yang suka mengaibkan dengan meng edit gambar dan bermacam macam cara yang PM tengok...suka sangat erk...

Allah SWT tidak suka kita membuka aib orang lain di dunia ini kerana sesiapa yang suka membuka aib orang lain maka Dia akan mendedahkan aibnya samaada ketika di dunia maupun ketika di hari akhirat nanti. Sekiranya kita menutup aib orang lain maka Allah SWT akan menutup aib kita di hari akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi (aib) nya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Namun atas Dasar bagi mengelak seseorang yang berkemungkinan akan dilantik jadi pemimpin bagi mengelak memegang amanah umat PM nak kongsikan Hadith Nabi SAW,riwayat imam Ibnu Majjah, mafhumnya Nabi SAW pernah memberitahu sahabat ,tentang seorang penzina berserta dgn nama dan identitinya,tetapi tidak dapat dihukum REJAM sebab tak cukup bukti utk hudud. SAYUGIA diketahui setiap bukti yg diiktiraf oleh masyarakat boleh digunakan sebagai bahan utk menilai akhlak seseorang dan bukannya utk mengHUDUD.Tujuan Nabi SAW,utk umat mengetahui akhlak yg dituduh ditakuti akan terpilih menjadi seorang yg menjagai amanah bagi umat.

Mat Sabu tidak akan hadir perasmian Muktamar PAS

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak akan menghadiri perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-59 pada Jumaat kerana perlu menghadiri perbicaraan kes saman fitnahnya dengan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Lebih mengecewakan, Mohamad yang dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, beliau gagal menangguhkan perbicaraan tersebut bagi mendengar amat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi ucapan dasarnya.
“Peguam saya Hanipa Maidin cuba minta supaya kes ini ditangguhkan kerana esok perasmian muktamar tetapi peguam Wan Ahmad tetap mahu saya hadir ke mahkamah,” katanya pada Khamis.
Pada 5 Mac lepas, Wan Ahmad (plaintif) memfailkan saman fitnah terhadap lima defendan iaitu Mohamad; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd; ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Wan Ahmad mendakwa Mohamad telah mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel ‘Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai’ dan ‘Ragu Peranan SPR-Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan’ yang telah dilapor dan diterbitkan oleh akhbar Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah oleh penulis artikel itu pada 29 Jan lepas.
Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, Wan Ahmad mendakwa reputasinya terjejas selain mendakwa kesemua defendan dengan sengaja menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya bagi meneruskan agenda mereka sendiri.
Pada muktamar kali ini, Mohamad akan mempertahankan kedudukannya yang dicabar, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.mstar

Pemuda PAS lulus usul kaji kerjasama dalam PR

Dewan Pemuda PAS Pusat sebulat suara meluluskan usul bagi mengkaji semula ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik parti itu dalam pakatan pembangkang namun perkara ini kalau mengikut gerak hati adminla hanya hangat hangat taik ayam seperti biasa tebiat mereka berkokok sekejap,abis pemilihan semua ntah kemana.

Menurut sumber ang PM petik,Wakil Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Shafirol Rozali ketika membentangkan usul tersebut berkata, pihaknya kesal dengan tindakan kumpulan tertentu yang tidak menghayati konsep tahaluf siyasi yang diperkenalkan Majlis Syura Ulama.
“Kita bukan nak cari pasal atau bergaduh dengan sesiapa, tapi kita nak berkawan dengan sesiapa sahaja.
“Persoalannya selepas tahaluf siyasi diperkenalkan, ada di kalangan mereka yang tidak menghayati perkara ini sebagai sesuatu yang serius,” katanya

Akan tetapi PM tengok dalam usul usul yang dibentangkan mereka masih tidak nampak lagi mahu meninggalkan DAP malah akan cuba menguatkan lagi kesejahatan,bukan kesepakatan dalam PR maklumlah mereka ni sering ditindas dan kesannya bukan sahaja terkena pada mereka sahaja malah terkena kita juga kerana melibatkan agama serta bangsa kita yang di cabar hak hak yang telah kita kuasai selama ini.mereka memperjuangkan kesamarataan dalam segala hal..Apahal....

Laporan Audit -39 berdepan tindakan sivil, jenayah

PUTRAJAYA: Seramai 39 penjawat awam termasuk pesara bakal berdepan tindakan sivil atau jenayah jika didapati bertanggungjawab terhadap ketidakaturan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.
 
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, mereka yang meliputi 30 penjawat awam dan sembilan pesara itu diberi surat tunjuk sebab untuk menjelaskan tahap penglibatan atau kecuaian mereka dalam ketidakaturan berkenaan.
 
Jika siasatan lanjut mendapati mereka terbabit, tindakan sivil atau jenayah akan diambil bergantung kepada jenis kecuaian atau perlanggaran yang dilakukan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
 
Menurut Ali seramai tujuh penjawat awam lagi akan dikenakan tindakan tatatertib manakala sembilan didapati tidak terlibat dalam salah laku berkenaan.
 
"Maklumat ini adalah hasil siasatan ke atas 24 kes yang dibuka dan disiasat oleh 13 jawatankuasa siasatan khas yang ditubuhkan sebelum ini," katanya.
 
Pembentukan jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Ali diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014, bertujuan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap salah laku penjawat awam susulan pelbagai teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
 
Dalam laporan itu, sebanyak 319 teguran dibuat membabitkan 81 perkhidmatan awam persekutuan, 21 badan berkanun serta 217 peringkat kerajaan negeri.  
 
Daripada jumlah itu, 94 teguran membabitkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kecuaian dalam melaksanakan tugas.
 
Mengulas lanjut, Ali berkata susulan laporan itu juga sebanyak 12 kertas siasatan membabitkan projek dan perolehan di tujuh agensi dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
 
Selain itu, semua ketua setiausaha kementerian dan setiausaha kerajaan negeri sudah diarah menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman bagi meneliti kes yang tidak disiasat oleh jawatankuasa siasatan khas.
 
"Mereka diberi masa sebulan sehingga 30 November ini untuk menjalankan siasatan dan setakat semalam sebanyak 817 pegawai sudah disiasat," kata beliau.
 
"Sekiranya wujud asas kukuh bahawa pegawai didapati melakukan salah laku dan kecuaian, maka tindakan tatatertib/surcaj/pertuduhan jenayah di mahkamah akan dikenakan," tegas beliau.
 
Dalam perkembangan lain, Ali berkata sebanyak 100 skim perkhidmatan yang tidak terlibat dalam kajian tahun ini telah dikenal pasti untuk dikaji mulai awal tahun depan.
 
"Proses penambahbaikan skim perkhidmatan ini adalah berterusan untuk memastikan semua selesai menjelang pertengahan 2015," katanya.

Khamis, 21 November 2013

Hudud: Muktamar medan terbaik dapatkan sokongan

HUDUD-Muktamar Pas ke-59 yang bermula esok dilihat sebagai platform terbaik untuk kerajaan Kelantan bagi mendapatkan sokongan padu serta pandangan anggota parti berhubung pelaksanaan hukum hudud, demikian menurut pemerhati politik.
   
Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, perwakilan muktamar seharusnya diberi ruang untuk membincangkan dan membahaskan hukum hudud yang diperjuangkan Pas bagi mendapat input berguna untuk pelaksanaannya kelak.
   
Persoalannya, adakah pemimpin Pas yang mewakili kerajaan Kelantan akan berani mengutarakan topik hangat itu kepada lebih 1,300 perwakilan yang menghadiri muktamar tiga hari di Shah Alam untuk mendapatkan maklum balas mereka?
   
Atau, isu berkenaan dibiarkan berlalu sepi dan hanya memfokuskan kepada pemilihan pucuk pimpinan parti, peranan parti dalam pakatan Pas-DAP-PKR serta persiapan ke arah Pilihan Raya Umum ke-14?
  

AGENDA POLITIK

   
Ketika mengulas persoalan itu Mohd Nakhaie berkata, beliau yakin isu berkaitan hukum hudud tidak akan dibincangkan secara mendalam pada muktamar kali ini, sebaliknya perhatian tertumpu kepada pemilihan pucuk pimpinan parti.
   
"Isu hudud ini hanya timbul ketika pada masa-masa tertentu seperti nak pilihan raya atau nak muktamar. Ini semua untuk politik sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
   
Kerajaan Pas Kelantan juga dilihat tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak melaksanakan hukum Islam itu memandangkan prasarana untuk melaksanakannya telah tersedia.
   
Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad baru-baru ini dilapor sebagai berkata bahawa Mahkamah Syariah di negeri itu sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud kerana segala prasarana termasuk Kompleks Mahkamah Syariah Negeri yang baharu, bernilai RM25.8 juta, sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk menguruskan kes.
   
Kerajaan Pas Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II, yang melibatkan hukum hudud, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) 1993 tetapi sehingga kini ia masih tidak dilaksanakan.
   
Selain Kelantan, Terengganu turut meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) pada 2002 semasa pentadbiran kerajaan Pas.
     

KESAN KERJASAMA
   

Isu pelaksanaan hukum hudud menjadi panas di kalangan parti pakatan apabila Pas dan DAP sering bertelagah berhubung isu hudud.
   
Namun, sejak bersama sekutunya, Pas tidak lagi mengangkat hukum hudud sebagai isu utama dan sebaliknya menumpukan kepada kerjasama dan perkara yang termaktub dalam Buku Jingga, pelan pentabiran jangka panjang pakatan berkenaan.
   
Banyak pihak kini sedang menunggu dengan penuh minat untuk melihat sama ada Pas benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud atau hanya sekadar retorik politik demi meraih sokongan rakyat.
   
Pas pastinya menerima kesan dalam hubungan 'tahaaluf siyasi' (permuafakatan politik) bersama DAP dan PKR jika parti itu melaksanakan hukum hudud kerana ia bukanlah dasar bersama gabungan ketiga-tiga parti itu.
   
Oleh itu, menurut Mohd Nakhaie, sekarang adalah masa terbaik untuk Pas membuktikan bahawa parti itu benar-benar mengotakan cita-citanya melaksanakan hukum hudud tanpa perlu mengambil peduli tentangan daripada rakan sekutunya.
   
Jika ini dapat dilakukan, ia akan membantu menepis persepsi bahawa parti itu tunduk kepada desakan DAP-PKR.
   
Seperti yang umum sedia maklum, DAP menentang kuat hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam. Pengerusi DAP Karpal Singh pada November tahun lepas dilapor berkata bahawa DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.
   
Namun, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk rakan sekutunya, DAP.
   
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah menegaskan bahawa hukum hudud adalah hak Pas untuk melaksanakannya di negara ini apabila tiba masanya.
   
"Hudud hak kita, tak paksa bukan Islam untuk dikenakan hudud kerana dia ada agama dia. Sebagai contoh orang Islam minum arak akan dikenakan hukuman hudud itu tetapi tidak bagi bukan Islam," kata Abdul Hadi.
       

KEUNTUNGAN POLITIK
   
Jika itulah sebenarnya pendirian Pas, adakah Pas bersedia kehilangan rakan sekutunya?
    
Demi menjaga hubungan antara parti dalam pakatan, Mohd Nakhaie, sekali lagi berpendapat bahawa hukum hudud yang dibawa Pas hanyalah untuk meraih keuntungan politik.
   
Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Kebangsaan (Perkim) itu berkata: "Saya rasa DAP dan PKR tak risau sangat pasal hukum hudud kerana hakikatnya mereka tahu Pas tiada kemampuan untuk melaksanakannya."
   
Beliau berkata, DAP pula terpaksa bersuara demi menjaga hati orang bukan Islam dan menyifatkan pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan hak asasi manusia.
              

KELUAR GABUNGAN
      
Tiada pilihan bagi Pas untuk melaksanakan hukum Islam itu, melainkan keluar daripada pakatan Pas-DAP-PKR jika mahu berjaya melaksanakan hukum hudud.
   
Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad dilapor berkata, kepimpinan Pas perlu mengambil langkah tegas untuk keluar daripada pakatan pembangkang bagi menterjemah dasar parti untuk melaksanakan undang-undang Islam.
   
Bekas Ketua Pemuda Pas Cawangan Kampung Pangkalan Bujang, Merbok, Kedah, Mohamad Khalid Abd Hamid pula berkata, dengan sikap biadap yang ditunjukkan DAP dan PKR termasuk dalam isu penggunaan kalimah Allah, Pas sememangnya wajar keluar daripada pakatan pembangkang dengan segera. 


-BERNAMA

BLOGER LUCAH ALVIN DAN VIVIAN GAGAL MEMBUAT PERMOHONAN BATAL PERTUDUHAN

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pasangan yang terkenal dengan Blog Lucah iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee,mereka berdua pada hari ini cuba untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan tetapi Alhamdulilah usaha mereka gagal.
   
Menerusi sumber bacaan PM di SH hari ini, Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan menolak permohonan Bloger lucah itu selepas berpendapat permohonan itu tidak mempunyai merit.
   
Dalam penghakimannya, beliau berkata pertuduhan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
   
"Sepintas lalu membaca peruntukan di bawah Seksyen 298A(1)(a), mahkamah mendapati amat jelas, sejelas gelas kristal, bahawa peruntukan itu langsung tidak menyebut secara khusus bahawa ia ditujukan khas kepada penganut beragama Islam tetapi terpakai kepada penganut agama atau kepercayaan yang lain juga," katanya.
   
Pada 21 Ogos lepas, Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan terhadap mereka berkaitan satu kandungan gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang dimuat naik ke laman Facebook.
  
Mereka memohon deklarasi bahawa Seksyen 298A(1)(a) tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka dan jika pertuduhan itu sah di sisi undang-undang, ia hanya terpakai kepada orang Islam.  
   
Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa memuat naik satu kandungan gambar serta komen beserta logo halal, yang mungkin menyebabkan perasaan permusuhan dalam kalangan penganut agama berlainan, di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai lepas.    
   
Mereka juga didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama pada tarikh sama di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini mengikut Akta Hasutan 1948.
   
Mereka turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002.

PM amat berharap agar pasangan Bloger lucah ini dapat menerima pembalasan serta hukuman yang seberat beratnya agar menjadi tauladan serta pengajaran pada mereka yang berani nak mempersenda orang Islam di media sosial.