Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 21 November 2013

BLOGER LUCAH ALVIN DAN VIVIAN GAGAL MEMBUAT PERMOHONAN BATAL PERTUDUHAN

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pasangan yang terkenal dengan Blog Lucah iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee,mereka berdua pada hari ini cuba untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan tetapi Alhamdulilah usaha mereka gagal.
   
Menerusi sumber bacaan PM di SH hari ini, Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan menolak permohonan Bloger lucah itu selepas berpendapat permohonan itu tidak mempunyai merit.
   
Dalam penghakimannya, beliau berkata pertuduhan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
   
"Sepintas lalu membaca peruntukan di bawah Seksyen 298A(1)(a), mahkamah mendapati amat jelas, sejelas gelas kristal, bahawa peruntukan itu langsung tidak menyebut secara khusus bahawa ia ditujukan khas kepada penganut beragama Islam tetapi terpakai kepada penganut agama atau kepercayaan yang lain juga," katanya.
   
Pada 21 Ogos lepas, Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan terhadap mereka berkaitan satu kandungan gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang dimuat naik ke laman Facebook.
  
Mereka memohon deklarasi bahawa Seksyen 298A(1)(a) tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka dan jika pertuduhan itu sah di sisi undang-undang, ia hanya terpakai kepada orang Islam.  
   
Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa memuat naik satu kandungan gambar serta komen beserta logo halal, yang mungkin menyebabkan perasaan permusuhan dalam kalangan penganut agama berlainan, di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai lepas.    
   
Mereka juga didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama pada tarikh sama di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini mengikut Akta Hasutan 1948.
   
Mereka turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002.

PM amat berharap agar pasangan Bloger lucah ini dapat menerima pembalasan serta hukuman yang seberat beratnya agar menjadi tauladan serta pengajaran pada mereka yang berani nak mempersenda orang Islam di media sosial.

Tiada ulasan: