Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 11 September 2013

USTAZ FATHUL BARI SELAR TINDAKAN PUTAR BELIT ISU YANG DIBUAT NASARUDIN HASSAN DAN DR ASRI

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Dr Fathul Bari Mat Jahaya mendakwa kenyataannya berhubung kenaikan harga barang diputar belit.

Beliau berkata Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membuat tafsiran kenyataannya seolah-olah beliau berkata kenaikan harga barang itu adalah takdir.

Walhal katanya, kenyataan asalnya adalah kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah dan menegaskan konsep "subsidi" tidak diguna pakai di dalam ekonomi Islam.

"Mereka (Nasruddin dan Asri) sekarang ini cuba nak membawa saya ke situasi mengatakan semua adalah takdir Allah tanpa usaha... itu salah, mereka cuba putar belit kenyataan saya.

"Yang saya cuba sampaikan adalah ikhtiar, kita kena sabar. Selepas ini saya menulis sebuah artikel berkenaan dengan kaedah kita mempersoalkan perkara tersebut," katanya lagi.

Katanya, konsep "subsidi" yang digunakan oleh kerajaan ketika ini tidak berlandaskan ekonomi Islam.

"Dalam ekonomi Islam tidak ada istilah subsidi, di zaman Saidina Umar al Khattab, beliau merupakan antara tokoh ekonomi yang merangka perkembangan ekonomi Islam.

"Subsidi tidak ada, cukai ada," katanya lagi.

Menurut Fathul Bari, pemberian "subsidi" oleh kerajaan tidak sampai kepada kumpulan sasaran yang lebih memerlukan memandangkan mereka yang kaya juga menerimanya.

"Sepatutnya, subsidi atau hibah (hadiah) ini diberikan kepada golongan sasar, seperti apa yang berlaku pada hari ini.

"Orang yang mewah kehidupannya juga merasai subsidi tersebut," katanya.

Fathul Bari turut mengakui tajuk artikelnya telah diubah dan beberapa perenggan dipadamkan oleh penyunting akhbar Sinar Harian.

"Tajuk asalnya 'Bagaimana sikap kita dalam menghadapi kenaikan harga minyak'. Kedua, dua perenggan saya dipadamkan... tapi ini hak mutlak editor," kata Fathul Bari ~Antarapos

Tiada ulasan: