Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 22 November 2013

Laporan Audit -39 berdepan tindakan sivil, jenayah

PUTRAJAYA: Seramai 39 penjawat awam termasuk pesara bakal berdepan tindakan sivil atau jenayah jika didapati bertanggungjawab terhadap ketidakaturan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.
 
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, mereka yang meliputi 30 penjawat awam dan sembilan pesara itu diberi surat tunjuk sebab untuk menjelaskan tahap penglibatan atau kecuaian mereka dalam ketidakaturan berkenaan.
 
Jika siasatan lanjut mendapati mereka terbabit, tindakan sivil atau jenayah akan diambil bergantung kepada jenis kecuaian atau perlanggaran yang dilakukan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
 
Menurut Ali seramai tujuh penjawat awam lagi akan dikenakan tindakan tatatertib manakala sembilan didapati tidak terlibat dalam salah laku berkenaan.
 
"Maklumat ini adalah hasil siasatan ke atas 24 kes yang dibuka dan disiasat oleh 13 jawatankuasa siasatan khas yang ditubuhkan sebelum ini," katanya.
 
Pembentukan jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Ali diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014, bertujuan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap salah laku penjawat awam susulan pelbagai teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
 
Dalam laporan itu, sebanyak 319 teguran dibuat membabitkan 81 perkhidmatan awam persekutuan, 21 badan berkanun serta 217 peringkat kerajaan negeri.  
 
Daripada jumlah itu, 94 teguran membabitkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kecuaian dalam melaksanakan tugas.
 
Mengulas lanjut, Ali berkata susulan laporan itu juga sebanyak 12 kertas siasatan membabitkan projek dan perolehan di tujuh agensi dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
 
Selain itu, semua ketua setiausaha kementerian dan setiausaha kerajaan negeri sudah diarah menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman bagi meneliti kes yang tidak disiasat oleh jawatankuasa siasatan khas.
 
"Mereka diberi masa sebulan sehingga 30 November ini untuk menjalankan siasatan dan setakat semalam sebanyak 817 pegawai sudah disiasat," kata beliau.
 
"Sekiranya wujud asas kukuh bahawa pegawai didapati melakukan salah laku dan kecuaian, maka tindakan tatatertib/surcaj/pertuduhan jenayah di mahkamah akan dikenakan," tegas beliau.
 
Dalam perkembangan lain, Ali berkata sebanyak 100 skim perkhidmatan yang tidak terlibat dalam kajian tahun ini telah dikenal pasti untuk dikaji mulai awal tahun depan.
 
"Proses penambahbaikan skim perkhidmatan ini adalah berterusan untuk memastikan semua selesai menjelang pertengahan 2015," katanya.

Tiada ulasan: