Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 22 November 2013

Mat Sabu tidak akan hadir perasmian Muktamar PAS

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak akan menghadiri perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-59 pada Jumaat kerana perlu menghadiri perbicaraan kes saman fitnahnya dengan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Lebih mengecewakan, Mohamad yang dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, beliau gagal menangguhkan perbicaraan tersebut bagi mendengar amat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi ucapan dasarnya.
“Peguam saya Hanipa Maidin cuba minta supaya kes ini ditangguhkan kerana esok perasmian muktamar tetapi peguam Wan Ahmad tetap mahu saya hadir ke mahkamah,” katanya pada Khamis.
Pada 5 Mac lepas, Wan Ahmad (plaintif) memfailkan saman fitnah terhadap lima defendan iaitu Mohamad; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd; ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Wan Ahmad mendakwa Mohamad telah mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel ‘Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai’ dan ‘Ragu Peranan SPR-Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan’ yang telah dilapor dan diterbitkan oleh akhbar Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013 selepas ditemu ramah oleh penulis artikel itu pada 29 Jan lepas.
Akibat penyiaran kata-kata fitnah itu, Wan Ahmad mendakwa reputasinya terjejas selain mendakwa kesemua defendan dengan sengaja menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya bagi meneruskan agenda mereka sendiri.
Pada muktamar kali ini, Mohamad akan mempertahankan kedudukannya yang dicabar, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.mstar

Tiada ulasan: