Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 29 Disember 2013

KALIMAH ''ALLAH'' Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) PUNYAI KUASA


Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempunyai bidang kuasa terhadap penganut agama lain yang menggunakan kalimah Allah dalam sebarang terbitan atau ucapan berkaitan agama masing-masing.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata bidang kuasa itu seperti termaktub dalam Enakmen Agama bukan Islam Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam 1988. 


Katanya, antara perkataan atau kalimah yang terkandung dalam jadual itu termasuk kalimah Allah, Nabi, Illahi, wahyu, mubaligh dan dakwah. 


Mengikut enakmen itu, orang bukan Islam di Selangor tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam atau menggunakan kalimah berkaitan Islam termasuk kalimah Allah dalam penerbitan dan seruan ajaran agama mereka” Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Dilarang sebar agama

“Mengikut enakmen itu, orang bukan Islam di Selangor tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam atau menggunakan kalimah berkaitan Islam termasuk kalimah Allah dalam penerbitan dan seruan ajaran agama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan portal berita berbahasa Inggeris kelmarin, yang bertajuk ‘JAIS ‘Allah’ overture unconstitutional, say religious leaders’.

Menurut laporan itu, pemimpin gereja dan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang mendakwa cadangan JAIS untuk memaksa gereja di negeri itu untuk berhenti menggunakan kalimah Allah dan perkataan bahasa Arab lain, akan melanggar jaminan perlembagaan membabitkan agama. 
JAIS jalankan siasatan

Ditanya kenyataan pemimpin gereja yang enggan mematuhi enakmen berkenaan, Mohamad Adzib berkata, JAIS perlu menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan kepada penggunaan kalimah Allah itu sendiri.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Ahmad Mua'adzam Shah Ya'akop, berkata penganut Kristian seharusnya bertoleransi dengan masyarakat Islam berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

“Mereka perlu mengambil kira landskap politik negara ini dan memahami bahawa majoriti rakyatnya adalah penganut agama Islam dan Islam agama rasmi Persekutuan.

“Malah, penggunaan kalimah Allah sudah sinonim dengan penggunaan dalam kalangan masyarakat Islam, seterusnya menjadikan ia khusus bagi masyarakat Islam,” katanya.

Boleh timbul kekeliruan

Beliau berkata, kekeliruan terhadap penggunaan kalimah Allah juga boleh terjadi dalam kalangan penganut Kristian sendiri jika ia digunakan dalam penerbitan gereja.

“Contohnya, jika anak seorang Kristian membaca buku agama Islam mengandungi kalimah Allah, kekeliruan boleh terjadi apabila dia mendapati kalimah Allah turut dicetak dalam Bible.

“Isu sebegini seharusnya tidak dipolitikkan, kerana ia dibimbangi akan mencetuskan sengketa dan perselisihan agama antara penganut Islam dan Kristian dalam negara ini,” katanya.

Tiada ulasan: