Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 20 November 2013

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan menjadi Menteri pertama hadir PAC jelas isu bayaran Artis K-pop

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan menjadi menteri yang pertama memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang akan diadakan esok.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan menjadi menteri yang pertama memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang akan diadakan esok.
Ahmad Shabery berkata kehadiran beliau adalah bagi memberikan penjelasan mengenai isu bayaran untuk persembahan artis K.Pop dalam acara Hari Belia Negara 2012 yang ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2012.
Beliau ketika itu ialah Menteri Belia dan Sukan.
“Saya sendiri telah menawarkan diri kepada PAC untuk hadir memberikan penjelasan.
“Saya telahpun bersedia untuk menjelaskan kepada mereka isu-isu yang dibangkitkan berkaitan isu K-POP dalam Laporan Ketua Audit Negara itu,” katanya Pada Rabu lalu.
Bernama difahamkan Ahmad Shabery ialah menteri pertama yang menawarkan diri untuk memberikan penjelasan kepada PAC.
PAC yang bersidang esok akan memanggil Kementerian Belia dan Sukan bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Jawatankuasa itu akan mula bersidang pada 10.30 pagi.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.

Tiada ulasan: