Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 29 Disember 2013

Tangkap jika buat kecoh: Polis

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengenakan tindakan tegas serta menangkap kumpulan atau individu yang menimbulkan kekecohan pada sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka, Selasa ini.

Ini berikutan polis mendapat maklumat serta risikan berhubung hal itu termasuk 588 laporan polis yang dibuat di seluruh negara, mengenai perhimpunan haram untuk mengganggu sambutan tahun baharu berkenaan. 


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pihaknya sudah mengenal pasti empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengatur perhimpunan haram itu. 

Beliau berkata, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dipercayai mengambil kesempatan untuk berhimpun serta melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan, seterusnya menimbulkan kekecohan.

“Kita memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong usaha kumpulan ini kerana ia menyalahi undang-undang dan pada masa sama boleh mengganggu gugat ketenteraman orang ramai yang hadir pada sambutan berkenaan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Tiada permohonan 

Amar Singh berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan berkenaan. 
“Penganjuran perhimpunan ini menyalahi undang-undang dan sesiapa saja yang menyertainya akan diambil tindakan tegas.

“Penganjur dianggap tidak mematuhi Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2011 kerana tidak mengemukakan sebarang notis mengadakan perhimpunan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum ia diadakan,” katanya. 

Sementara itu, Amar Singh berkata, sempena sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jalan Raja akan ditutup mulai 12 tengah malam esok dan Jalan Susur Kinabalu ke Jalan Raja ditutup mulai jam 6 petang pada 31 Disember.

Tiada ulasan: