Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 19 Disember 2013

Ibrahim Ali sarankan Mat Sabu dan Zahid berbincang secara baik

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menyarankan agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk menyelesaikan isu Syiah yang berbangkit sekarang.
Ibrahim berkata jika kedua pemimpin tersebut berbincang untuk menyelesaikan tuduhan tersebut secara tertutup, ianya akan memberi kebaikan kepada umat Islam di negara ini.
“Adalah bagus kalau kedua-duanya dapat bersua muka dalam pertemuan tertutup dan menyelesaikan isu itu.
“Tindakan seperti ini sudah tentu memberi kebaikan kepada Islam,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut tuduhan Zahid terhadap Mat Sabu, Ibrahim berkata khabar angin mengenai penglibatan timbalan presiden PAS itu dengan ajaran Syiah telah disebarkan oleh ahli-ahli pemimpin PAS sendiri sebelum pemilihan parti itu berlangsung baru-baru ini.
“Tuduhan terhadap Mat Sabu ini, Zahid sebut dalam speech itu jadi official, tapi sebelum itu kalangan ahli PAS sendiri sebar cerita Mat Sabu itu Syiah.
“Saya tak percaya tuduhan-tuduhaan terhadap Mat Sabu ini, ini melibatkan akidah, kalau kita nak tuduh orang membabitkan akidah kita perlu buktikan,” katanya.
-AWANI

Tiada ulasan: