Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 19 Disember 2013

Selangor batal projek tebatan banjir 745 juta dan buat persediaan banjir sebanyak 16.17 juta saja?

Selangor umumkan membatalkan projek banjir RM 745 juta di 745-juta-untuk-projek-tebatan-banjir dan di laporan Sinar Harian selangor-kl/batal-projek-tebatan-banjir

Projek Canal city atau tebatan banjir dirancang semasa Kerajaan Barisan Nasional dan berharga 745 juta melibatkan 1,960 hektar .Ia termasuklah projek tebatan banjir sepanjang 18 km terowong yang menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat. Projek ini bernilai RM745 juta. Sebagai balasannya, kerajaan negeri terdahulu memberikan pemajunya, K-Euro hak untuk memajukan 1,960 hektar tanah.  Jadi terdapat 2 elemen dalam Projek Canal City iaitu projek tebatan banjir dan projek memajukan hartanah.
Laporan Sinar Harian 1 Mei 2013 menunjukkan transaksi hartanah yang mencurigakan selepas DUN Selangor dibubarkan;

"SHAH ALAM - Kerajaan negeri diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan urus niaga penjualan tanah tebatan banjir bernilai RM1.3 bilion yang berlaku pada 15 April lalu.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor, Datuk Sri Mohd Zin Mohamed berkata, berdasarkan maklumat, urus niaga itu berlaku antara anak syarikat kerajaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Dijaya Corporation Berhad (Dijaya) selepas Dun dibubarkan.

Menurutnya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini cuba menafikan urus niaga itu dan menyatakan ia masih di peringkat semakan.

“Namun, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Datuk Ahmad Omas mengesahkan bahawa berlakunya urus niaga penjualan tanah tebatan banjir kepada Dijaya.

Mengapa urus niaga itu dilaksanakan tergesa-gesa selepas Dun dibubarkan dan tidak tunggu selepas pilihanraya? Bukankah ketika ia berlaku kerajaan negeri di bawah kerajaan sementara yang sepatutnya tidak boleh buatkeputusan seperti itu,” katanya ketika sidang media di Bangunan Umno, di sini semalam"-Sinar Harian ; Selangor Batal Projek Tebatan Banjir , 1 Mei 2013

Peliknya Selangor umumkan penjualan tanah yang telah di kenalpasti untuk projek tebatan banjir kepada Dijaya selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan?. Harga Transaksi ialah RM 1.3 billion. Soalan cepumas untuk Kerajaan Ngeri Selangor-sah ker transaksi selepas DUN dibubarkan ??
Hari ni setelah banjir teruk di Pantai Timur, Selangor back track dan  umumkan projek persediaan menghadapi banjir  sebanyak RM 16.17 juta rujuk di Selangor kini. Soalan saya ke mana perginya wang Kerajaan pusat sebanyak RM 745 juta?  Atau ke mana perginya wang transaksi jualan tanah sebanyak RM 1.3 Billion bagi 1,960 hektar tanah tersebut?

Alahai takkan bagi projek tebatan banjir dan persediaan menghadapi banjir yang sebegitu penting bagi penduduk Selangor berharga 16.17  juta sahaja? P.S ada beda antara tebatan banjir dan persedian menghadapi banjir yer.....pi research ler.

Teringat pepatah kata Bahasa Inggeris-"you pay peanuts you get monkeys" (as your state legislators)baca seterusnya disini

Tiada ulasan: