Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 19 Disember 2013

WARTAWAN MALAYSIAKINI ISKANDAR ABDUL SAMAD CUBA PUTAR BELIT FAKTA NOH OMAR

Umno selangor Selangor bersama sama rakyat tidak setuju dengan cadangan kenaikan tol...mudahkan ayat ni..tapi bila ayat ini diucap Malaysiakini kata DS Noh omar tak prihatin masaalah Rakyat ..Nampak tak game Malaysiakini portal spin no satu Negara
Memang benar kenyataan yang dikeluarkan Noh Omar ini dan apa masaalahnya dengan berita malaysiakini yang kata,pihak kerajaan negeri masih buat buat baik hakikatnya janji mereka untuk menurunkan harga tol takkan kemana dan sekadar janji kosong jika mereka tidak membeli saham selebihnya untuk menurunkan harga tol tersebut kerana dalam perniagaan siapa yang mahu rugikan hasil dari tekanan kerajaan negeri jugak harga tol dinaikkan

gaji naik 375 peratus tak nak suruh admin buat demo ker khaled

INILAH USAHA KERAJAAN NEGERI SEBENARNYA IAITU MENEKAN PIHAK TOL

INI LAH HAKIKATNYA MEREKA PANDAI MENUDING JARI PADA BN TAPI MEREKA SEBENARNYA LEBIH ZALIM DARI BN


Pembangkang dilihat seolah-olah cuba mengalihkan isu kecurian pasir yang melibatkan jutaan ringgit di Selangor.  Mereka mengambil kesempatan mengembar gemburkan isu kenaikan tol yang  berlaku di Selangor  yang berkemungkinan melibatkan pembangkang. Namun mereka mengkambing hitamkan kerajaan Barisan Nasional. Kesinambungan juara fitnah yang dipegang oleh pembangkang terus diungguli mereka.

Datuk Sutinah Sutan yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  mengesahkan bahawa  kelemahan dalam sistem yang diamalkan PTD telah menyebabkan pasir yang bernilai jutaan ringgit. Kita amat maklum bahawa PTD dikawal oleh pembangkanglah yang telah membuka “ruang” yang cukup besar untuk mereka laksanakan  jenayah ini.  Akhirnya rakyat Selangor lah yang mengalami kerugian dari jenayah curi pasir yang bersifat “peribadi” untuk “golongan” yang terpilih dalam pembangkang ini.

Namun dengan campurtangan SPRM maka isu ini bakal “menyentak” jantung “tangan-tangan ghaib” yang selama ini menjalankan jenayah curi pasir Selangor. Kelemahan PTD ketika melakukan pemantauan pengurusan pasir di negeri ini akan di atasi  oleh SPRM. Jalan penyelesaian terbaik akan dicari  supaya perkara sama tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Dalam masa yang sama SPRM juga  menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor  yang ditadbir oleh DAP supaya membuat laporan polis terlebih dahulu bagi menyiasat dakwaan kes curi pasir yang dilaporkan berlaku di Sungai Long , Hulu Langat.  Sekiranya dalam siasatan berkenaan terbukti berlakunya rasuah, laporan seterusnya boleh dibuat kepada SPRM.  Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya mengalu-alukan SPRM membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes curi pasir di Sungai Long, Hulu Langat.

Persoalannya bolehkah  kita percaya kepada janji-janji yang dibuat oleh Khalid Ibrahim. Beliau merupakan seorang pemimpin yang terkenal dengan gelaran “Manifesto Bukan Janji”. Khalid kononnya  memberi jaminan tidak akan beri perlindungan kepada mana-mana pihak terlibat sama ada di peringkat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) atau Pejabat Tanah Daerah. Kononnya  kerajaan negeri akan mendapatkan laporan lengkap dari semua jabatan dan agensi berkenaan untuk siasatan dalaman.

Kita perlu ingat bahawa Khalid Ibrahim terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan sebelum ini media tempatan telah  membongkar kegiatan curi pasir di kawasan seluas 40 hektar di ladang sawit di Sungai Long, Hulu Langat.  Kegiatan itu didakwa berlarutan sejak dua tahun lalu. Sindiket berkenaan juga dikatakan mampu mengaut keuntungan sehingga  RM12 juta.

Selain dari Sungai Long, pihak media ada juga mendedahkan satu sindiket mencuri pasir di ladang kelapa sawit di Bandar Sunway Semenyih mengaut keuntungan RM12 juta sejak beroperasi dua tahun lalu. Kerajaan negeri mengalami kerugian jutaan ringgit apabila 30,000 tan pasir dikesan dikeluarkan daripada kawasan berkenaan. Namun persoalannya mengapa pemimpin pembangkang “buat senyap” isu ini. Adakah kerana ianya melibatkan “poket” mereka sendiri?  Sebenarnya kebajikan rakyat tidak pernah DAP, PAS dan PKR peduli. Asalkan mereka mendapat kuasa dan kekayaan maka semuanya “beres”.

Kita semua membangkang sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat. Oleh itu kenaikan tol yang melibatkan syarikat konsesi di Selangor amatlah mencurigakan.  Adakah ini merupakan propaganda yang dicipta oleh pembangkang? Dalam pada masa yang sama maka kenaikan tariff elektrik juga perlu disiasat. Adakah ianya juga merupakan “game” pembangkang yang mengasak kerajaan sehingga PM tidak ada pilihan? Pembongkaran demi pembongkaran bakal memberi “pencerahan” sebenar kepada rakyat

Tiada ulasan: