Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 12 April 2014

Perdana Menteri Australia Tony Abbott sangat yakin Isyarat milik MH370

xpix_gal1,qharianmetro_pagespeed_ic_iPQJHgz8uk
PESAWAT AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia terbang rendah di sisi kapal HMAS Toowoomba ketika operasi mencari MH370 di Lautan Hindi.
SYDNEY: Perdana Menteri Australia Tony Abbott sangat yakin isyarat yang dikesan dalam pencarian MH370 yang hilang lebih sebulan lalu daripada kotak hitam pesawat itu.
Abbot berkata, pihaknya sudah mengecilkan kawasan carian dan sangat yakin beberapa isyarat yang dikesan sebelum ini datang daripada kotak hitam pesawat itu.
Beliau yang berada di Shanghai, China berkata, kawasan carian dikecilkan kerana pihaknya mengesan beberapa siri isyarat untuk tempoh agak lama.
“Bagaimanapun, kita berada pada tahap di mana isyarat yang kita yakini datang dari kotak hitam itu semakin lemah.

“Kita berharap untuk mendapat maklumat sebanyak mungkin sebelum isyarat itu lenyap,” katanya.-HM

Tiada ulasan: