Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 13 April 2014

PKR BERPOLITIK TANPA BERASASKAN AGAMA DAN KAUM - AZMIN ALI

Perang mulut antara Timbalan Presiden PRK, Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution yang sedang melobi pangkat dan kuasa kini bertambah hangat dalam edisi pemilihan PKR akan datang

Timbalan Presiden PRK, Azmin Ali menolak kenyataan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution bahawa PKR didominasi kaum Melayu semenjak awal penubuhannya.

   
Beliau berkata, prinsip PKR adalah memastikan perjuangan untuk membawa budaya politik baharu dapat disuburkan di negara ini tanpa mengira agama dan bangsa.
   
"Keadilan tidak pernah menjadi parti berasaskan orang Melayu...parti ini mempunyai tanggungjawab besar, untuk pastikan satu budaya politik baharu dapat dibawa ke dalam sistem politik di Malaysia, iaitu politik yang tidak berasaskan agama dan kaum.
   
"Memang benar peringkat awal tak mudah nak kenalkan budaya parti pelbagai kaum. Tetapi setelah hampir 15 tahun, kita (PKR) buktikan bahawa generasi baharu negara kita mampu menerima hakikat politik perkauman harus ditolak, dan politik pelbagai kaum harus disuburkan," katanya dalam sidang media sempena hari pencalonan PKR Selangor yang melibatkan 22 cabang hari ini.
   
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Saifuddin, dalam satu wawancara yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris semalam, bahawa PKR masih didominasi kaum Melayu dan kaum bukan Melayu dalam parti itu harus menerima hakikat tersebut.

Dalam berpolitik kalau tidak dapat mempertahankan Agama,bangsa dan tanah air baik tak payah berpolitik lah ini kerana bagi admin pm PKR SEBENARNYA parti berasaskan membela Keluarga Anwar sahaja sekian..

Tiada ulasan: